Tech

Servis Apple Arcade Eksklusif Di iPhone, iPad, Mac Dan Apple TV

Apple baru sahaja menampilkan pelbagai servis terbaru di sebuah majlis di Cupertino. Di mana terdapat servis baru yang di kenali sebagai Apple Arcade, ia adalah servis yang menawarkan perkhidmatan permainan.

Untuk pengetahuan semua, segala permainan yang ada di dalam Apple Arcade ini adalah di pilih khas oleh pihak Apple sendiri. Malah mereka juga bekerjasama dengan pihak develorper dan sekaligus menampung separuh perbelanjaan dalam penghasilan permainan yang di hasilkan.

Foto: iDownload Blog

Lebih kurang 100 jenis permainan terdapat di dalam Apple Arcade ini dan menjadikan ia game arcade yang menarik dan versile! Bukan itu saja, di dalam permainan Apple Arcade ini tiada sebarang gangguan iklan di dalamnya.

Foto: Paul Thurrott

Dan ini membuatkan pengguna untuk bermain permainan secara optimum tanpa gangguan dari iklan! Tambahan lagi, Apple juga menjanjikan tiada sebarang iklan tracking atau in-app purchases di kalangan permainan yang ada di dalam permainan Apple Arcade ini.

Selain itu, permainan yang ada di dalam ini boleh di kongsikan bersama enam ahli tidak kira keluarga mahupun rakan-rakan si pengguna di bawah satu subscription. Bukan itu sahaja, permainan Apple Arcade ini boleh di nikmati menerusi iPhone, iPad, Mac dan Apple TV.

https://www.youtube.com/watch?v=95FuVib8mcY

Serta ia juga mempunyai permainan offline di mana pemain boleh terus bermain permainan mereka menggunakan mana-mana device.

Apple Arcade ini akan di buka kepada 150 buah negara pada tahun ini juga. Dan pengguna akan dapat menikmati perkhidmatan dari Apple Arcade menerusi Apple Store, iOS, MacOS dan tvOS. Cuma apa yang belum pasti adalah berapakah yuran yang akan dikenakan bagi subsciption. Sama-samalah kita nantikannya.