Tech, Gadget

Black Shark 2 Di Jual Pada Harga RM2499 Dan RM2999?

Baru sahaja maklumat tentang telefon bimbit Black Shark 2 di keluarkan dan kini lebih kurang seminggu sahaja lagi telefon Black Shark 2 ini akan secara rasmi dilancarkan di Malaysia.

Meskipun lebih kurang seminggu telefon ini akan dilancarkan, tetapi harga telefon Black Shark 2 ini telah di keluarkan oleh retailer. Antara retailer yang mengeluarkan harga telefon ini adalah Mobile 2 Go yang menyatakan harganya RM2499.

Foto: Android Central

Harga yang dinyatakan berdasarkan keluaran kapasiti RAM yang di keluarkan oleh telefon Black Shark 2. Telefon Black Shark 2 dengan kapasiti 8GB RAM dengan 128GB kapasiti storan dalaman akan di jual pada harga RM2499.

Manakala bagi telefon dengan kapasiti RAM 12GB beserta 256GB kapasiti storan dalaman akan di jual pada harga RM2999.

Mobile 2 Go juga menyatakan bahawa para pelanggannya boleh membuat pre-order untuk telefon bimbit Black Shark 2 dari retailer dan retailer akan menerima telefon tersebut pada 2 April nanti.

Meskipun Mobile 2 Go telah mengeluarkan harga telefon Black Shark 2 ini, tetapi ia masih tidak dapat dipastikan sama ada akan ada perubahan harga atau tidak di masa akan datang kerana retailer rasmi milik Black Shark 2 iaitu Lazada dan Shopee masih belum mengeluarkan telefon baru ini.

Apa-apa pun bagi yang ingin mendapatkan telefon Black Shark 2 ini anda boleh membuat pre-order menerusi Mobile 2 Go!