Siapa sangka anjing laut pun boleh pakai peranti canggih lagi-lagi telefon bimbit! Memang di luar jangkaan betulkan?
Sebenarnya hal ini terjadi kerana populasi anjing laut di perairan Inggeris dan Scotland menurun secara mendadak. Menurut petikan yang diambil dari Liputan6, Sea Mammal Research Unit (SMRU) dari St. Andrew University.
Penelitian yang dibuat oleh unit ini menyatakan bahawa populasi anjing laut di persisiran Inggeris telah menurun dalam tempoh masa yang sangat cepat. Dan ini membuat para penyelidik bimbang dan ingin mencari punca penurunan populasi anjing laut tersebut.
Telefon bimbit yang di maksudkan di sini adalah GSM/GPS tag ianya bukanlah telefon bimbit seperti yang kita gunakan. Ianya lebih bersifat kepada intrument yang berfungsi sebagai pengumpulan data tentang physiological, oceanographic dan bertindak sebagai pengesan parameter termasuklah dari segi bunyi dan visual haiwan tersebut.
Dengan penggunaan teknologi sebegini, para penyelidik dapat mencari punca penurunan populasi anjing laut selain menjangka punca-punca semula jadi seperti pencemaran udara, perubahan iklim serta kekurangan makanan boleh menjadi salah satu faktor penurunan populasi spesis berkenaan.