Featured, Gaming, Tech

Yang Mana Satu Lebih Arif Pasal Gaming: Boy Gamers Atau Girl Gamers

Sekarang dah ramai yang jadi gamers betul tak? Tapi admin nak tahulah juga di antara gamers lelaki dengan gamers perempuan yang mana satu yang lebih arif pasal gaming ni? Dan bagaimana pula anda semua urus hal seharian?

Di sini admin ada buat beberapa pecahan sub isu di antara gamers lelaki dan perempuan! Betul atau tidak, bergantung kepada yang menilainya.

Speksifikasi

Foto: Cartoon Stock

Menyentuh mengenai spesifikasi PC atau komputer di antara lelaki dan perempuan yang mana satu lebih tahu? Gamers haruslah serba tahu mengenai keperluan komputer gaming kan!

Gamers lelaki akan upgrade sendiri komputer gaming mereka dan menyenaraikan perisian yang diperlukan kepada pekedai yang menjual peralatan komputer. Manakala bagi gamers perempuan, mereka akan terus membeli komputer gaming mengikut citarasa sendiri dan kurang mencari perisian untuk mengupgrade komputer.

Gaming

Foto: Open Source

Apabila gamers perempuan bermain game, mereka lebih memberi perhatian kepada environment yang unik daripada menyelesaikan misi game. (Eh, tak semua macam tu kan).

Manakala bagi gamers lelaki pula, apabila mereka bermain game, sehari suntuk di habiskan dengan menyelesaikan misi dan upgrade karakter masing-masing.

Sosial Media

Foto: Bogor.Net

Hah, gamers perempuan akan lebihkan berselfie dan upload gambar di sosial media dari menghabiskan masa bermain game sepanjang hari. Manakala bagi gamers lelaki pula, mereka tiada masa untuk bersosial media kerana leka bermain game! (Eh, betul ke tak ada masa?).

Relationship

Foto: The Job Network

Gamer perempuan yang sedang leka bermain game di komputer mereka, seelok-eloknya pasangan yang non-gamers ni pandai-pandai la bawa diri ya! Manakala bagi gamers lelaki, lebih kurang sama juga seperti gamers perempuan ni. Time tengah sibuk dengan ‘misi’ tu janganlah pula si pasangan mengganggu ya! Bagi yang single tu, anda tak perlu risau pasal semua ni. #Gamers4Life.