Featured, Gadget, Kesihatan, Tech

Telefon Bimbit Terlalu Kotor Dan Kulit Berjerawat Salah Siapa?

Kebersihan merupakan aspek penting di dalam kehidupan jika aspek ini di pandang remeh, kesannya akan memberi keburukan kepada diri sendiri. Jadi apa pula kaitannya dengan telefon bimbit serta jerawat di wajah?

Ramai yang kurang peka tentang aspek kebersihan pada telefon bimbit. Berdasarkan penelitian oleh ahli dermatologi Dr. Erin Gilbert menyatakan telefon bimbit yang kotor mampu menyebabkan beberapa risiko kesihatan yang berbahaya dan salah satunya akan membuatkan kulit bermasalah.

Foto: Medellin Living

Telefon bimbit merupakan salah satu alat yang mampu mengumpul pelbagai jenis bakteria. Malah masalah ini mudah terjadi apabila kulit wajah berhubungan atau menyentuh telefon bimbit yang kotor dan sekaligus membuatkan bakteria merebak pada wajah pengguna telefon bimbit.

Foto: Health Thoroughfare

Kesan dari sentuhan dari telefon bimbit yang mempunyai jangkitan bakteria tersebut akan membuatkan kulit anda berjerawat. Mungkin bagi anda merasakan ia adalah sesuatu yang biasa, tetapi ingat bukan sedikit bakteri terdapat di telefon bimbit anda, boleh jadi bertriliun bakteria yang hidup pada telefon bimbit tersebut.

Foto: The Conversation

Permindahan bakteria dari telefon ke kulit anda menjadi lebih tinggi apabila kelembapan yang dibuat oleh minyak dan make-up anda menyebabkan jerawat timbul di wajah.

Foto: Digital Trends

Cara bagi mengatasi masalah ini adalah, dengan membersihkan telefon bimbit anda secara kerap. Lebih bagus anda menggunakan kain jenis microfiber untuk mengelap telefon bimbit anda dan gunakan cairan anti bakteria atau alkohol bagi membersihakan telefon bimbit.

Ingat kerana sikap sambil lewa anda, kesihatan anda boleh terjejas. Oleh jadilah pengguna telefon bimbit yang sihat dengan menjaga aspek kebersihan diri serta alat komunikasi yang anda gunakan secara harian untuk kebaikan anda di masa hadapan.