Tech

Gangguan Network Oleh Facebook Kembali Menyerang 2 Billion Pengguna

Baru-baru ini pelbagai platform sosial media di landa badai kerana gangguan network dan salah satu dari platform yang terkena gangguan ini adalah Facebook. Facebook merupakan platform sosial media yang terbesar di pentas digital ini dan mereka juga tidak lagi dari terkena gangguan network.

Menurut syarikat tersebut, masalah tersebut timbul yang dipercayai berpunca daripada “server configuration change” dan menyebabkan lebih kurang dua billion pengguna mengalami gangguan network.

Foto: Narcity

Gangguan ini menjangkau lebih dari 12 jam bagi sesetengah pengguna, manakala bagi pengguna di sekitar Amerika Utara dan bahagian Eropah adalah kawasan yang paling teruk mendapat gangguan tersebut.

Masalah sebegini bukanlah yang pertama kali berlaku pada Facebook, jika diimbas kembali pada bulan November tahun lepas, sosial media ini juga mengalami isu yang serupa.

Foto: Fone Paw Blog

Walau bagaimanapun, Facebook memaklumkan telah menyelesaikan masalah tersebut dan “sistem dalam proses recovering”. Dalam masa yang sama, masih terdapat beberapa jenama di bawah naungan Facebook mempunyai masalah seperti page yang tidak dapat load atau sistem kurang stable. 

Di harap isu sebegini dapat di tangani dengan pantas dan bijak oleh pihak Facebook!