Mengambil foto merupakan satu seni mana tidaknya, ia merupakan moment atau saat yang abadi dan ini mendorong pencarian kamera yang sesuai untuk aktiviti atau moment tertentu.
Tapi tahukah anda, kamera yang bagaimana atau jenis apakah yang sesuai mengikut keperluan? Atau adakah anda tahu tentang kelebihan serta kekurangan kamera tersebut? Oleh itu, disini admin sertakan beberapa jenis kamera serta apakah kelebihan serta kekurangannya.
Kamera Poket
Kamera jenis ini ringan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Anda boleh membawa kamera ini ketika melancong dan menangkap panorama sepanjang waktu anda melancong!
Kamera ini ini mempunyai kelebihan dari segi saiz optik yang terdapat pada lensa kameranya, kamera poket ini dapat membantu anda untuk menangkap moment dengan pelbagai variasi.
Manakala dari segi kekurangannya pula sedikit sahaja, iaitu gambar tidak berapa cantik dalam keadaan atau pencahayaan yang redup. Selain dari itu, kamera ini merupakan kamera yang bagus untuk di bawa ketika berjalan-jalan atau melancong!
Kamera Mirroless Lens
Kamera jenis ini merupakan salah satu pakej yang dapat memberi kesempurnaan kepada kamera DSLR. Kelebihan lensa mirrorless ini ia dapat menukar-nukar jenis lensa mengikut keinginan serta mengikut keperluaan penggunaan kamera.
Kamera Action
Seperti Poket kamera, Action kamera juga sesuai di bawa ketika melancong dan melakukan aktiviti soft sport atau challenge sport aktiviti. Kamera action ini jauh lebih kecil daripada mana-mana tipikal kamera yang wujud di pasaran.
Kamera action yang kecil sebegini mungkin tidak dapat memberi pelbagai variasi feature untuk menagkap gambar tetapi ia jauh lebih baik untuk digunakan apabila anda ingin menangkap moment ketika melakukan aktiviti lasak.
Kamera DSLR
Kamera DSLR merupakan kamera yang memberikan kualiti gambar yang terbaik dengan gambungan kemahiran foto yang dimiliki oleh pengguna menjadikan gambar yang diambil lebih bermakna, unik dan mempunyai ‘feels’ yang tersendiri.
Selain itu, dengan penggunaan DRSL, pengguna dapat menukar lensa mengikut keperluaan serta kesesuaian tempat ketika menangkap gambar.
Kamera Bridge
Kamera Bridge ini mempunyai kuasa zooming dua kali ganda lebih hebat dari kamera poket. Jika anda sering melakukan aktiviti ekstrem seperti mendaki gunung atau sering berada di atas tebing-tebing untuk melihat spot yang unik dan mengagumkan.
Kamera bridge ini merupakan pembantu terbaik untuk menangkap gambar anda serta moment ketika itu. Lensa zoomnya serta jumlah pencaharaan yang masuk ke dalam kamera tersebut dapat menghasilkan kualiti gambar yang baik.
Rupa kamera ini seakan-akan kamera DSLR cuma bridge kamera ini mempunya lensa yang fixed.
Kamera Boutique
Kamera Boutique ini tidaklah sebesar kamera poket. Kamera boutique ini agak ringkas dan kamera ini juga mempunyai sensor full frame! Tapi kamera ini agak mahal dari kamera yang lain, jadi bagi yang ingin memiliki kamera ini, anda harus mempunyai wang cukup ya!
Kamera Filem atau Analog
Kamera filem atau analog ini masih diguna pakai dan menjadi salah satu kamera antik yang unik kerana ia mempunyai tiga elemen dalam aspek fotografi tau!
Antara elemen kamera yang terdapat di dalam kamera ini adalah, fungsi makenik pada badan kamera. Manakala bagi elemen yang kedua ia mempunyai optikal yang mirip seperti lensa. Dan elemen yang terakhir, ia memiliki elemen kimia filem seluloid.
Jadi bagi yang berminat untuk menggunakan kamera ini, anda pasti akan berasa nostalgianya serta teruja untuk menggunakan kamera ini bagi menangkap moment terindah anda.
Kamera Polaroid
Kamera polaroid yang sudah sebati dengan generasi muda kini, kamera sebegini lebih mudah di gunakan dan dapat melihat hasil gambar yang telah di print sepantas mungkin!