Samsung di dalam momentum 5G, mana tidaknya lihat saja keluaran Galaxy S10 Series yang dipasarkan. Masing-masing menyokong jaringan telekomunikasi 5G dan kini ia teruskan lagi kepada telefon note yang bakal di keluarkan iaitu Samsung Galaxy Note 10 dengan sokongan jaringan 5G.
Ada hint yang di sebarkan, mengatakan telefon Galaxy Note 10 dengan sokongan 5G ini pertama kali di temui oleh Kernel source code. Kod ini di analisa oleh ahli XDA yang menemui codename “davinci”.
Bagi yang tidak tahu siapa “davinci” itu ia adalah codename dalaman yang di gunakan oleh Samsung sebagai rujukan kepada Galaxy Note 10. Kernel source code menyenaraikan code tersebut sebagai “davinci5G” yang merujuk kepada telefon note terbaru tersebut.
Tambahan lagi, maklumat yang ditemui menyatakan telefon note ini pastinya di datangi dengan S-Pen, dan ia juga mungkin akan di isi dengan cip daripada Qualcomm Snapdragon 855 atau Exynos 8920.
Apa-apa pun maklumat ini masih baru dan kita pun masih di awal tahun, dan Samsung juga masih baru dengan pelancaran Galaxy Note 9 nya pada tahun lepas. Jadi untuk menemui telefon Note 10 dalam masa terdekat tidak dapat di pastikan.
Kami akan cuba mendapatkan lebih banyak maklumat tentang telefon Galaxy Note 10 dan bila ia akan berada di pasaran.