Featured

5 Sekolah Kayu Tertua Yang Masih Wujud Di Amerika Syarikat

Masih wujud lagi ke sekolah kayu yang pada kurun ke 16 sehingga kurun ke 18 ni? Menariknya sekolah-sekolah ini masih wujud dan strukturnya masih elok sehingga ke kini dan ada yang di jadikan sebagai muzium.

Nak tahu lokasi sekolah-sekolah kayu ni? Jom semak di bawah!

Voorlezer’s House (1695)

Foto: Clio
Foto: Clio

Sekolah Voorlezer’s House ini di buka pada tahun 1695 di Richmondtown, Staten Island, New York. Sekolah ini pada awalnya di gunakan sebagai penyimpan segala rekod-rekod, kitab dan menjadi tempat untuk mengajar anak-anak komuniti di sana. Dan kini sekolah ini di jadikan muzium.

Oldest Wooden Schoolhouse (1702)

Foto: Pinterest
Foto: Getty Image (The oldest wooden schoolhouse in the United States, George Street, St. Augustine, Florida.)

Sekolah Oldest Wooden ini di buka pada tahun 1702 yang terletak di St.Augustine, Florida. Sekolah ini merupakan salah satu sekolah kayu tertua di Amerika yang kini di jadikan sebagai muzium. Kenapa ia di katakan sekolah tertua kerana dikatakan sekolah ini telah wujud lebih awal pada kurun ke 17.

Southermost School (1725)

Foto: Patch
Foto: Patch
Foto: Patch

Sekolah Southermost ini telah di buka pada tahun 1725 di Portsmouth, Rhode Island. Sekolah kayu mula di bina pada tahun 1716 lebih awal dan pada tahun 1725 pula sekolah ini mula beroperasi dan kini ia telah menjadi muzium dan strukturnya bentuknya tidak berubah.

Nathan Hale Schoolhouse (1750)

Foto: Trip Advisor
Foto: Connecticut Sons of The American Revolution

Sekolah kayu Nathan Hale Schoolhouse ini telah mula di buka pada tahun 1750 di East Haddam, Connecticut. Menariknya sekolah ini di namakan Nathan Hale kerana pada suatu ketika dahulu seorang askar Amerika yang bernama Nathan Hale telah mengajar di sekolah kayu tersebut buat sementara waktu. Dan kini sekolah tersebut telah menjadi muzium untuk tatapan umum.

Hurlbutt Street Schoolhouse (1834)

Foto: Wilton Bulletin
Foto: The Somewhere

Sekolah kayu Hurlbutt Street Schoolhouse ini telah mula dibuka pada tahun 1834 di Wilton, Connecticut. Menariknya sekolah ini bertahan sehingga 101 tahun sehinggalah ia jual oleh Ladies Auxiliary pada tahun 1938. Kini sekolah tersebut telah di jadikan muzium dan di senaraikan di dalam U.S National Register of Historic Places.