Featured, Luar Negara

Ini Dia 5 Penjara Tertua Di Amerika Syarikat!

Bagaimanalah rupa penjara tertua ya? Masih ada lagi ke bangunan penjara lama ni? Hah, untuk ketahui jawapannya, jom semak di bawah!

New Jersey State Prison (1798)

Foto: NJ CAIC
Foto: NBC News

Penjara New Jersey State ini di buka pada tahun 1798 di Trenton, New Jersey. Penjara ini merupakan salah satu penjara yang tertua di Amerika Syarikat. Penjara ini juga di kenali sebagai 1798 Penitentiary House.

Auburn Correctional Facility (1817)

Foto: Auburnpub
Foto: Finger Lakes1

Penjara Auburn Correctional Facility ini di buka pada tahun 1817 dan masih kekal beroperasi sehingga kini. Di awal pengurusan penjara, ia menggunakan American Penal System di mana ia merupakan penjara petama yang memasukkan banduan di dalam sel individu.

Sing Sing Correctional Facility (1828)

Foto: Axiomi Mages – Aerial stock photo of the buildings and grounds of the Sing Sing Correctional Facility complex, a riverfront prison, in autumn; Sing Sing Correctional Facility, Ossining, New York

Penjara Sing Sing Correctional Facility ini di buka pada tahun 1828. Penjara ini terletak di Ossining, New York. Selain menjadi salah satu penjara tertua di New York, penjara ini juga di kenali sebagai rumah mati atau “Death House” kerana pada tahun 1891 satu kes hukuman mati telah di putuskan. Sebanyak 614 kerusi elektrik telah disediakan untuk operasi hukuman mati dengan menggunakan kerusi elektrik tersebut.

Eastern State Penitentiary (1829)

Foto: I am not a stalker
Foto: Visit Philly

Penjara Eastern State Penitentiary ini terletak di Fairmount neighborhood of Philadelphia, Pennsylvania. Ia mula beroperasi pada tahun 1829 tetapi sayang ia tidak kekal lama, pada tahun 1971 penjara ini telah di tutup dan di jadikan muzium serta di senaraikan di dalam U.S National Register of Historic Places.

Missouri State Penitentiary (1836)

Foto: Missouri State Penitentiary
Foto: Trip Advisor

Penjara Missouri State Penitentiary ini terletak di Jefferson City, Missouri. Penjara ini telah dibuka pada tahun 1836 dan di tutup pada tahun 2004 dan kini di jadikan sebagai muzium. Penjara ini merupakan penjara tertua di kawasan barat sungai Mississippi.