Tech

Vivo Bakal Keluarkan Telefon Vivo X27 Pada 19 Mac Di China

Vivo bakal keluarkan telefon bimbit terbaru yang di kenali sebagai Vivo X27 pada 19 Mac di China. Dikatakan telefon ini mempunyai tiga variasi yang berbeza dan unik. Menurut petikan yang di ambil dari Lowyat.net, variasi telefon yang ketiga ini memiliki nama “Pro” dibahagian terakhir.

Foto: The Tech Hacker

Berdasarkan imej yang bocor di internet, telefon yang mempunyai tiga jenis variasi yang berbeza. Variasi yang pertama memiliki skrin telefon berukuran 6.39 inci dengan display ratio 19:5:9.

Foto: Sparrows News

Selain itu, ia juga dikuasai dengan cip daripada Qualcomm Snapdragon 675 SoC dan digabung pula dengan 8GB RAM serta 128GB storan dalaman. Manakala bagi kapasiti bateri pula, telefon variasi pertama ini memiliki 4000mAh tenaga bateri yang disokong bersama 18W pengecasan pantas dengan USB-C port. Dan telefon ini juga di lengkapi dengan pembantu sistem digital yang di reka oleh Vivo yang di kenali sebagai Jovi.

Dari segi fungsi kamera pula ia memiliki tiga kamera di bahagian belakang telefon bimbit iaitu 48MP+13MP+5MP. Bagi kamera telefon di bahagian hadapan pun ia memilki 16MP lensa dengan single sensor.

Foto: Times Now

Bagi telefon bimbit variasi kedua pula, ia mirip dengan variasi pertama cuma yang berbeza adalah dari segi hardware nya. Telefon ini menggunakan cip daripada Qualcomm Snapdragon 710 SoC yang di datangi dengan kapasiti storan dalaman sebanyak 256GB.

Dari segi kapasiti bateri pula, ia memiliki kapasiti tenaga sebanyak 4000mAh yang di sokong dengan 22.5W pengecasan pantas!

Foto: V Youku

Bagi variasi telefon yang ketiga yang di kenali sebagai X27 Pro, model ini merupakan top-tier dengan aspek yang super. Telefon ini memiliki skrin yang berkeluasan 6.7 inci dengan ratio display 20:5:9.

Tambahan lagi, telefon ini di kuasai dengan cip daripada Qualcomm Snapdragon 710 SoC yang di sokong dengan kapasiti storan sebanyak 256GB dengan 8GB RAM. Dari segi fungsi kamera pula, telefon ini memiliki lensa kamera swafoto sebanyak 32MP di bahagian hadapan telefon bimbit.

Dan tiga kamera di bahagian belakang telefon bimbit dengan lensa 48MP, 15MP dan lensa ketiga merupakan ‘night vision’ sensor.

Seperti yang telah di maklumkan di awal artikel, telefon ini akan di lancarkan di China dan buat masa kini tiada sebarang maklumat bila ia akan memasuki pasaran Malaysia. Apa-apa pun, kita nantikan maklumat rasmi dari Vivo nanti!