Berjalan-jalan di hujung minggu sememangnya waktu yang di nanti-nantikan! Apatah lagi bila mana menghabiskan waktu di hujung minggu berjalan santai bersama rakan-rakan yang sekepala. Admin juga salah seorang dari kategori itu, hah admin dan rakan-rakan menghabiskan masa kami dengan window shopping je.
Menariknya, sepanjang aktiviti berwindow shopping ni admin memang tidak duduk diam. Mesti ambil gambar jika singgah di sesuatu tempat. Dan ini lah yang berlaku apabila admin keluar berwindow shopping bersama rakan-rakan admin.
Untuk pengetahuan semua, admin ambil gambar-gambar yang cun-cun ni guna Realme C1 je! Harga tak perlu cakap lag memang murah RM499 je. Lepas tu rekaan built-in bateri tu memang macam ala-ala telefon iPhone mahal tu. Bagi admin memang berbaloi beli.
Sudahlah dalam kotak Realme C1 tu, di lengkapi dengan kepala charger 2 in 1 tau. Maksudnya ada kepala charger untuk berkaki dua dan tiga, sesuai jika nak pergi travel kat luar negara tu. Lagi satu, kalau nak pasang SIM kad dalam telefon ni, bukan buka biasa-biasa tau. Kena guna jarum kunci macam iPhone punya tu kalau nak buka tempat SIM kad tu.
Canggihkan, serupa iPhone dah ! Okay berbalik kepada cerita admin tadi, lima sebab window shopping bersama Realme C1 berbaloi! Nak tahu kenapa, jom ikuti pengalaman admin menggunakan telefon bimbit Realme C1 ni.
Pengecasan Bateri Yang Pantas
Lebih kurang lagi tiga jam lebih sebelum admin nak keluar rumah, telefon Realme C1 ni admin cas dulu. Almaklum, admin jenis spesis cas telefon last minute. Lepas tiga jam lebih admin cas telefon, admin check bateri telefon admin dah 92 peratus! Walhal, masa admin mula-mula cas telefon bateri time tu Cuma tinggal 29 peratus je.
Memang laju betul bateri Realme C1 ni sedut tenaga elektrik ni, dalam tempoh tiga jam lebih je dah nak dekat full bateri telefon.
Rakaman Video Yang Jelas Dan Memuaskan
Time ni, admin dah sampai kat shopping mall, sampai-sampai je terus buat rakaman. Ya lah telefon barukan mesti bersemangat nak test. Rakaman video yang admin ambil ni sekejap je tak lama, namanya pun test kan, (maaf video sedikit bergegar).
Dari segi rakaman video yang admin ambil tu, memang puas hati , sebab gambar jelas dan tak pecah. Lepas tu suara dalam rakaman pun jelas. Memang puas hati betul!
Lensa Kamera Yang Jelas Dan Artistik
Hah, sepanjang berwindow shopping ni admin memang ambil gambar je! Puas hati tangkap gambar guna kamera Realme C1 ni. Kamera di bahagian belakang telefon ni jelas. Malah setting kamera juga mudah digunakan. Nah admin kongsikan gambar-gambar yang admin ambil semasa berwindow shopping.
Kamera Bahagian Belakang
Kamera Bahagian Hadapan
Bagi kamera di bahagian hadapan telefon, khas untuk berswafoto atau berselfie ini, membuatkan subjek menonjol apatah lagi dengan penggunaan sticker yang terdapat di dalam kamera telefon Realme C1 ini. Sticker-sticker yang comel ni buatkan admin nampak lebih comel kan!?
Bateri Telefon Tahan Sepanjang Hari
Dah namanya window shopping, sekali berjalan mana pernah sekejap kan? Sepanjang admin menggunakan telefon ni, baik dari segi membuat panggilan telefon, membalas mesej, merakam video, menangkap gambar ataupun merekod video suara.
Telefon ini tetap tahan sepanjang hari! Malah, bateri telefon tidak cepat drain berbanding mana-mana telefon mid-range yang lain.
Telefon Tak Jem
Maksud tak jem di sini adalah, prosessor yang digunakan oleh Telefon ni tak cepat panas dan tak lembab. Ya lah, bayangkan admin guna telefon ni sehabis baik tau dengan merakam video, tangkap gambar, dan macam-macam lagi tapi telefon ni tak jem dan elok je running macam biasa, laju!
Jadi secara keseluruhan dari rating 1 hingga 5 untuk telefon ni, admin bagi 4 ngam-ngam soy dan berpuas hati guna. Sudahlah murah, fungsi telefon pula ala-ala telefon mahal jadi ianya berbaloi. Dan misi di hujung minggu berwindow shopping menggunakan Realme C1 ni memang berbaloi!
Anda pula bagaimana? Jom kongsikan pengalaman anda serta nantikan CONTEST REALME C1 dan anda berpeluang untuk memenangi telefon Realme C1 secara percuma dari kami Hangat Teknologi!