Tech

Pengguna Facebook Menurun Adakah Instagram Ke Puncanya?

Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, Facebook dilihat mempunyai pelbagai masalah. Mana tidaknya, isu kebocoran data peribadi, isu pengiklanan bermasalah dan sampaikan pelbagai isu yang negativiti juga turut mudah tersebar!

Platform yang di usahakan oleh Mark Zuckerberg ini, merupakan pentas sosial media untuk pengguna bersosial dan berinteraktif dan dalam masa yang sama berkongsi sebarang maklumat dalam jaringan komunikasi ini.

Foto: Digital Information World

Tetapi menurut laporan daripada Edison Research yang dipetik oleh Liputan6 ini menyatakan, ramai pengguna Facebook berhenti menggunakan platform ini. Dan kajian yang dilakukan oleh Edison ini berdasarkan umur pengguna Facebook itu sendiri.

Foto: The Infinite Dial 2019 (Edison Research)

Pengguna yang berusia diantara 12-34 tahun dilaporkan menunjukan penurunan yang agak drastik dalam tempoh tiga tahun. Manakala bagi pengguna yang berusia 35-54 tahun, dilaporkan menunjukkan kadar penurunan yang stabil. Dan bagi pengguna yang berusia 55 tahun dan keatas dilihat berlaku peningkatan penggunaan Facebook.

Foto: Cyber Safe School

Rata-rata dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, banyak pengguna Facebook beralih arah kepada platform media sosial yang lain seperti Instagram, Snapchat, Pinterest, Twitter dan sebagainya.

Pertumbuhan pengguna platform media sosial yang lain dalam tempoh tiga tahun ini (2016-2018) sememangnya dapat dilihat secara meningkat dengan positif. Dan salah satu faktor peningkatan pengguna sosial media di platform yang di nyatakan di atas, mungkin di sebabkan pelbagai masalah yang timbul pada Facebook.

Foto: The Infinite Dial 2019 (Edison Research)

Dan antara faktor yang lai pula, platform sosial media yang lain tampak lebih unik dan menarik perhatian pengguna di seluruh dunia.

Foto: Medium

Apa-apa pun faktornya, dari data yang di ambil dari laporan penyelidikan Edison ini, menampakkan penurunan yang ketara bagi Facebook. Apa yang boleh dikatakan disini adalah, tidak kira platform sosial media mana yang anda gunakan.

Pastikan anda menggunakan platform tersebut secara positif dan gunakan peluang yang ada dengan mencari ilmu ataupun memberi ilmu kepada masyarakat. Pokoknya gunakan sosial media dengan betul dan manfaatkan ia secara berhemah.