Google TensorFlow merupakan sistem penyimpanan data peribadi yang membolehkan penggguna menyimpan segala data-data peribadi di dalam sistem ini. Google TensorFlow ini merupakan artificial intelligence (AI), dengan kecanggihan teknologi AI ini, pengguna dapat menyimpan data secara rahsia tanpa di ketahui oleh pihak kedua atau ketiga.
Untuk pengetahuan umum Google TensorFlow ini menggunakan konsep teori ‘differential privacy’, dimana ia akan menjangka atau meramal apakah perkataan yang pengguna akan taip.
Gerak kerja ini serupa seperti Gmail Smart Compose, dimana ia akan meramal perkataan yang bakal pengguna taip dengan mengutip data-data daripada email orang lain dan dalam masa yang sama menghalang data-data yang sensitif terdedah.
Kaedah yang diguna pakai oleh sistem sebegini dapat dilihat bahawa, ia merupakan sistem statistik yang mempunyai objektif untuk memaksimakan ketepatan mengikut keperluan pengguna.
Ini mungkin kedengaran agak pelik dan rumit, sebenarnya sistem AI yang terdapat pada TensorFlow ini secara ringkasnya ia mempelajari serta mengumpul data-data dari email pengguna yang kemudiannya di simpan dan membuat pattern yang tersendiri agar data-data yang sensitif tidak akan terkeluar di email pengguna yang tidak dikenali.
Dengan pembentukan sistem ini, Google berharap pihak developer dapat menggunakan sistem TensorFlow Privacy ini ke dalam mana-mana alat pembelajaran yang lain. Tambahan lagi, enjin pencarian juga mendapati TensorFlow ini mudah digunakan.
Bagi yang ingin mencuba menggunakan penyimpanan data ini, anda boleh mengakses secara terus di Github dan jika anda berminat untuk mempelajari lebih lanjut tentang TensorFlow, Google telah memaparkan ‘technical paper’ dan di dalamnya ada menjelaskan tentang gerak kerja secara terperinci.