Tech, Gadget

19 Mac Tarikh Pelancaran Telefon Xiaomi Redmi Note 7

Xiaomi Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat gergasi dari China ini akan melancarkan telefon Redmi Note 7 pada bulan ini. Khabar berita ini sudah semestinya tidak asing lagi kerana sejak berminggu yang lalu banyak peniaga tempatan sudah telah mengetahui akan kehadiran telefon baru ke dalam pasaran tempatan.

Untuk pengetahuan semua, DirectD telah menyatakan bahawa Redmi Note 7 akan berada di pasaran tempatan bermula pada 19 Mac dan ke atas. Dan maklumat ini telah di sahkan apabila Xiaomi Malaysia sendiri telah mengumumkan tarikh pelancarannya pada 19 Mac ini.

Foto: Gizbot.com

Meskipun Redmi telah bertukar menjadi sub-brand, tetapi ia masih dibawah tanggungjawab sepenuhnya oleh Xiaomi Malaysia. Dan ini lebih kurang sama seperti Pocophone yang tidak di masukkan dalam senarai telefon gaming oleh Black Shark.

19 Mac, bermakna lagi dua minggu telefon ini akan memasuki pasaran. Bagi peminat Xiaomi, nantikan kemunculan Redmi Note 7 ini dan dapatkannya dengan segera okay!