Tech, Gadget

Samsung Nak Keluarkan Dua Jenis Telefon Bimbit ‘Foldable’?

Tahun ini merupakan peralihan ‘angin’ bagi Samsung, syarikat gergasi elektronik daripada Korea ini sekali lagi menggegarkan industri gajet dengan plan penghasilan dua lagi telefon bimbit ‘foldable’.

Menurut laporan daripada Blooberg yang di ambil dari Lowyat.Net, syarikat terbabit dalam proses menghasilkan telefon ala-ala clamshell yang boleh di lipat secara ke dalam secara vertikal.

Foto: Fortune via SeongJoon Cho/Bloomberg via Getty Images

Dan manakala lagi satu telefon bimbit pula dengan fungsi telefon yang boleh di lipat keluar seperti ala-ala telefon daripada Huawei Mate X.

Jika di lihat telefon daripada Samsung Galaxy Fold yang baru sahaja di lancar oleh Samsung di pentas Mobile World Congress (MWC) 2019, telefon tersebut di lihat mempunyai ciri-ciri telefon dengan kebolehan di lipat secara ke dalam seperti clamshell secara horizontal (macam laptop).

Foto: Trusted Reviews

Bagi telefon yang mempunyai fungsi ‘foldble’ secara vertikal ini, Samsung merancang untuk mempamerkan hasil ciptaan terbaru tersebut selewat-lewatnya hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

Manakala bagi telefon yang mempunyai fungsi ‘foldable’ dibahagian luar ini akan diberitahu kemudian mengenai bila ia akan di lancarkan. Malah telefon ini nanti akan lebih nipis dan tiada display extra.

Foto: Quora

Ianya perkara biasa apabila sesebuah syarikat membuat perancangan bagi menghasilkan telefon baharu. Cuma masih ada beberapa perkara atau aspek lain yang perlu di ambil kira sebelum di pasarkan ke pasaran dunia.

Dan diharap pengeluar barangan elektronik terutamanya telefon bimbit, akan menjadi lebih peka dan ‘sensible’ dalam menghasilkan sesuatu produk. Apa-apa pun, sama-samalah kita nantikan produk terbaru dari Samsung ya!