Tech, Gadget

Huawei Mate 20 Pro Kini Boleh Di Dapati Bawah RM3000

Dengan pelancaran Huawei P30 yang baru sahaja berlangsung, dan kini Huawei Mate 20 Pro pula di turunkan harga penjualannya berikutan penjualan telefon Huawei P30 yang baru.

Mengikut maklumat terperinci, telefon bimbit Huawei Mate 20 Pro dengan variasi spesifikasi 6GB RAM berserta kapasiti storan sebanyak 128GB Mate 20 Pro ini telah di pilih dan di turunkan harga penjualannya.

Foto: Android Guys

Huawei Mate 20 Pro dengan ukuran skrin 6.39 inci AMOLED display yang di kuasai dengan cip Kirin 980 SoC. Telefon ini mempunyai tiga kamera di bahagian belakang telefon bimbit.

Foto: GN Tech

Kamera tersebut di bahagia kepada tiga lensa kamera iaitu 40MP lensa main shooter, 20MP lensa ultra-wide-angles dan 8MP lensa telefoto dengan kelebihan 3 kali optical zoom. Tambahan lagi, telefon ini mempunyai kapasiti bateri telefon sebanyak 4200mAh dengan kepantasan mengecas!

Foto: Daze Info

Harga Huawei Mate 20 Pro ini di kurangkan daripada MR3599 kepada RM2999. Pengurangan harga ini telah berkuatkuasa pada 1 Mac 2019, baru-baru ini. Untuk mendapatkan telefon bimbit ini, anda boleh kunjungi outlet Huawei atau layari laman web rasmi Huawei untuk pembelian secara online.