Tech, Gadget

Samsung Galaxy A30 Dan A50 Harga Bermula RM799

Semestinya ramai yang telah mengetahui akan kemunculan telefon Galaxy A30 dan Galaxy A50 di pentas Mobile World Congress (MWC) 2019 dan kini telefon ini akan memasuki pasaran Malaysia.

Foto: Android Pit

Menurut maklumat yang di kongsikan di MWC 2019, telefon Galaxy A30 akan di jual pada harga RM799 dan manakala bagi telefon bimbit Galaxy A50 pula akan di jual pada harga RM1199.

Foto: Lowyat.Net
Foto: Lowyat.Net

Walau bagaimanapun, maklumat tersebut tidak menyatakan bilakah telefon ini boleh didapati dan tiada sebarang maklumat variasi telefon yang manakah akan memasuki pasaran Malaysia nanti.

Meskipun begitu, pencinta gajet tidak perlu gusar berdasarkan kapasiti RAM dan saiz storan harganya pasti dalam lingkungan mampu milik. Apa-apa pun sama-samalah kita nantikan maklumat terbaru dari Samsung akan spesifikasi terperinci serta jenis variasi telefon yang akan tiba di Malaysia kelak.