Tech, Gadget

Oppo Tayang Telefon ‘Foldable’ Prototaip Di Weibo?

Mobile World Congress (MWC) 2019 merupakan acara yang di nanti-nanti oleh seluruh syarikat teknologi. Seperti yang sedia maklum Samsung dan Huawei masing-masing telah mempamerkan telefon bimbit ‘foldable’ di pentas MWC 2019. Dan kini giliran Oppo pula untuk menayangkan post telefon ‘foldable’ prototaip di laman sosial Weibo baru-baru ini.

Oppo menggunakan telefon ‘foldable’ prototaip yang kelihatan hampir serupa seperti Huawei Mate X. Telefon prototaip ini di lihat mempunyai bar garisan menegak di bahagian tepi telefon bimbit dan di bar tersebut ia mempunyai butang, port dan kamera.

Foto: Digit

Walau bagaimanapun masih belum ada maklumat rasmi dari Oppo mengenai spesifikasi terperinci telefon bimbit ‘foldable’ ini.

Naib Pengerusi Oppo Brian Shen yang menayangkan telefon prototaip ini di laman Weibo memberi sedikit informasi mengenai telefon ini berdasarkan maklumbalas komen di laman sosial Weibo tersebut.

Foto: The Verge

Menurut maklumbalas daripada naib pengerusi Oppo tersebut, penghasilan telefon bimbit ‘foldable’ ini di reka secara in-house dan bukanya merujuk dari mana-mana rekaan dari pengilang OEM.

Katanya lagi mengikut perancangan, Oppo ingin menayangkan telefon prototaip ini semasa di pentas MWC 2019 tetapi membuat keputusan untuk tidak melakukannya. Selain itu, naib pengerusi Oppo ini juga memberi pandangannya sendiri mengenai konsep telefon ‘foldable’ ini.

Foto: Lowyat.Net

Naib presiden tersebut melihat konsep ‘foldable’ ini mempunyai skrin yang besar dan luas serta ia oleh dilipat atau ‘fold’ yang mana fungsi ini tidak terlalu banyak value untuk pengguna alami.

Walau bagaimanapun, berdasarkan komen-komen netizen di laman sosial Weibo tersebut, memberikan gambaran sedikit sebanyak kesan terhadap jumlah berapa banyak telefon bimbit ini boleh di hasilkan.

Apa-apa pun admin berharap Oppo akan teruskan maju kehadapan dan tampil dengan pelbagai rekaan unik seperti jenama telefon yang lain di dalam industri teknologi ini.