Tech

LG V50 ThinQ 5G Dengan Dual Skrin Bakal Gegarkan Pasaran!

LG dedahkan telefon bimbit pintar 5G yang pertama dalam acara Mobile World Congress (MWC) 2019. LG V50 ThinQ 5G mempunyai ciri-ciri feature yang menarik dan yang paling unik adalah dual skrin yang di hasilkan oleh LG kali ini.

V50 ThinQ 5G ini mempunyai skrin yang unik dan ldeal dengan keluasan skrin pertama adalah 6.4 inci QHD+OLED Full Vision display (3120 x 1440). Telefon ini di kuasai dengan Qualcomm Snapdragon 855 cipset beserta dengan Snapdragon X50 5G modem.

Foto: Tech Huanqiu

Manakala bagi skrin yang kedua pula ia mempunyai skrin yang berkeluasan 6.2 inci FHD+OLED display yang di kuasai dengan tenaga bateri telefon bimbit. Dengan kelebihan dual skrin ini, ia memudahkan pengguna yang kaki gaming untuk ermain game dengan menggunakan telefon ini!

Selain itu, kapasiti RAM bagi telefon ini 6GB dengan kapasiti storan dalaman sebanyak 128GB yang di sokongan dengan microSD sebanyak 2TB.  Telefon ini juga mempunyai kapasiti bateri yang cukup banyak iaitu 4000 mAh, malah dari segi kamera telefon ini juga cukup gempak dengan dual kamera di bahagian depan telefon dengan 8MP lensa serta 5MP lensa wide-angle. 

Foto: 9to5Google

Tambahan lagi, dengan tiga kamera yang mempunyai tiga lensa yang berlainan iaitu 16MP super-wide-angle, 12MP lensa standard dan 12MP lensa telefoto.

Meskipun spesifikasi telefon ini telah keluar, tetapi buat masa sekarang belum ada sebarang maklumat berapakah harga yang di tetapkan oleh pihak LG. Jadi sama-samalah kita tunggu ya!