Tech, Gadget

Nokia 1 Plus Kini Dengan Secara Rasminya Di Jual Pada Harga USD99!

HMD Global membuka tirainya dengan menampilkan Nokia 1 Plus, telefon ini merupakan generasi terbaru dan ia di inovasi berdasarkan sumber inspirasi daripada Nokia 1.

Menurut Lowyat.Net, muncul sumber-sumber yang membocorkan maklumat tentang kemunculan telefon ini sejak sebulan yang lalu dan kini ia telah sahkan berdasarkan spesifikasi telefon atau ciri-ciri telefon bimbit Nokia tersebut.

 

Foto: Nokia Mob

Nokia 1 Plus ini di katakan, di datangi dengan Mediatek MT6739WW SoC, serta kapasiti RAM sebanyak 1GB. Malah bagi kapasiti storan pula ia di datangi dengan dua pilihan storan iaitu 8GB dan 16GB storan dalaman.

Telefon terbaru ini juga di katakan mempunyai skrin dengan keluasan 5.45 inci FWVGA display dan kapasiti bateri sebanyak 2500 mAh. Manakala dari segi kameranya pula telefon ini mempunyai 8MP di bahagian kamera utamanya dan 5MP di bahagian kamera hadapan.

Foto: Tech Radar

Seperti mana telefon generasi yang lama, ia mempunyai Android Go sebagai prosessornya dan ini membuatkan ke semua aplikasi di dalamnya lebih ringan. Oh ya, di katakan telefon ini juga akan di pasarkan dalam edisi Android 9 Pie dan ia pastinya akan menjadi rebutan peminat gajet!

Nokia 1 Plus ini akan berada di pasaran dunia dalam pertengahan bulan Mac ini dengan harga USD99 atau RM403 dan nantikan kemunculan telefon ini di outlet pilihan Nokia nanti!