Tech, Gadget

HMD Global Umum Nokia 210 Mempunyai Jaringan Internet?

Semasa Mobile World Congress (MWC) 2019 berlangsung, syarikat HMD Global telah membuka tirainya dengan rangkaian telefon bimbit Nokia 210 yang mempunyai feature jaringan internet!

Dengan feature terbaru yang telah di naiktaraf oleh syarikat ini memberikan inspirasi segar tentang telefon bimbit yang kelihatan ‘old school’ ini. Telefon Nokia 210 ini mempunyai built-in Opera Mini web browser.

Foto: CNET

Ia juga di katakan mempunyai 2.5G (GPRS) rangkaian internet. Selain itu, telefon ini juga boleh digunakan untuk meluaskan jaringan komunikasi melalui rangkaian sosial media. Malah telefon bimbit ini juga mempunyai permainan di dalam telefon bimbit Nokia 210 ini serta wallpaper dan ringtone.

Foto: Fone Arena

Telefon bimbit  Nokia  201 ini juga mempunyai skrin berukuran 2.4 inci QVGA dan kapasiti baterinya juga tidak kurang hebatnya dengan sebanyak 1020 mAh. Tambahan lagi dengan kapasiti RAM sebanyak 4GB RAM. Manakala kapasiti storan dalaman pula adalah sebanyak 16MB.

Di khabarkan telefon bimbit Nokia ini akan berada di pasaran pada bulan Mac ini dengan harga sebanyak USD35 atau RM143 wang ringgit Malaysia. Sama-samalah kita nantikan telefon bimbit dari HMD Global ini ya!