Tech

Pokemon Go Update “Go Snapshot” Live Untuk Pengguna Android

Pada awal bulan ini, Niantic telah mengumumkan syarikat mereka akan menambah “Go Snapshot” feature pada Pokemon Go. Feature tersebut telah di update secara Live hanya untuk pengguna Android OS.

Go Snapshot merupakan in-game feature yang membenarkan pemain untuk memilih Pokemon di dalam inventory dan letakkan mereka di dalam picture square di persekitaran si pemain.

Foto: Pokemon Go Hub

Melalui snapshot ini, pemain dapat menangkap moment dengan real background dengan animasi haiwan dari Pokemon itu sendiri.

Selain itu, pemain haruslah berada di ranking atau level 5 dan ke atas untuk melayakkan si pemain menggunakan feature Go Snapshot tersebut. Tambahan lagi, pemain Pokemon Go hanya layak mengambil gambar bersama Pokemon yang belum di tangkap dan bukannya Pokemon telah di tangkap.

Foto: Super Parent

Menurut ulasan yang di petik dari Lowyat.Net, Matt Slemon yang merupakan produk manager bagi syarikat Niantic memberitahu di dalam interviewnya bersama Polygon, menyatakan di dalam game tersebut terdapat beberapa in-game yang telah di naiktaraf.

Foto: Mashable India

Antaranya adalah, kesan bayang-bayang dan pancaran kilat serta beberapa perincian seperti nyalaan api di sekitar ekor Chamander dan kamera AR dengan feature yang dapat menghapuskan “randomness” dan keupayaan sesetengah pemain yang kurang atau tidak dapat control permainan tersebut.

Walaubagaimanapun, Niantic tidak memberi sebarang spesifikasi bila Go Snapshot boleh di dapati bagi pengguna iOS. Sama-samalah kita tunggu khabar berita dari Niantic bagi pengguna iOS!