Tech, Gadget, Inovasi

TCL Hasilkan Produk Komunikasi Yang Boleh Di Lipat

TCL satu nama serta jenama yang cukup sinonim di dalam industri teknologi terutamanya di dalam pembuatan telefon bimbit. Tahun 2019 ini merupakan ‘starting line’ bagi syarikat-syarikat yang menantikan tahun yang baik untuk menghasilkan serta memasarkan produk masing-masing.

Malah TCL juga tidak lepas dari menghasilkan beberapa alat komunikasinya dan kebanyakan produk yang di hasilkan oleh TCL ini, antaranya adalah telefon bimbit yang boleh di lipat!

Foto: Gadgets and wearables

Bukan itu sahaja, telefon yang boleh di bentukkan dan di pakai di lengan pun ada! Betapa cangggihnya kemajuan teknologi di alaf ini dengan pelbagai inovasi teknologi di lakukan pada telefon bimbit.

Rekaan yang di inspirasikan dengan konsep telefon bimbit lipat daripada TCL ini mempunyai dua versi. Versi yang pertama adalah telefon yang boleh di lipat ke dalam seperti buku dan manakala bagi veris yang kedua pula,telefon bimbit yang boleh di lipat di bahagian luar seperti jam tangan.

Foto: Pocket Lint

Rekaan yang futuristik seperti ini membuatkan pecinta teknologi kagum. Teringat pula pada tahun 2016 yang lalu Lenovo juga ada mengeluarkan prototype yang mempunyai konsep futuristik seperti ini.

Dengan beberapa produk yang boleh di lipat yang di hasilkan oleh TCL ini pasti membuatkan industri teknologi pada tahun 2019 ini lebih menarik dan teruja. Tambahan lagi pelbagai syarikat-syarikat gergasi industri teknologi yang lain juga berlumba-lumba memasarkan produk masing-masing.