Tech

iPhone Apps Kena Godam Siapa Punya Angkara?

Apple nampaknya mempunyai permulaan tahun yang agak ‘sukar’ dan kini aplikasinya pula dengan mudah di godam oleh software pirates?

Menurut petikan yang di ambil dari Lowyat.Net, laporan yang di keluarkan oleh Reuters menyatakan software pirates telah menggodam pelbagai aplikasi popular. Antara aplikasi popular yang telah di godam adalah Spotify, Angry Birds, Pokemon dan juga Minecraft serta beberapa lagi aplikasi lain.

Foto: Apple

Software pirates ini dengan mudahnya menggodam menerusi aplikasi Apple! Walaubagaimanapun, software pirates ini berjaya di kesan menggunakan sijil digital tanpa perlu menerusi Apple App Store.

Foto: Slash Gear

Buat masa sekarang Apple tidak mempunyai keupayaan untuk mengesan secara real-time jika masalah sebegini berlaku. Apa-apa pun, dengan kecanggihan teknologi dari masa ke semasa apa-apa pun boleh berlaku. Justeru itu tiada apa yang menghairankan bukan?

Di harap Apple dapat menguatkan lagi sistem aplikasinya agar tidak mudah di bypass oleh software pirates seperti ini.