Tech, Gadget, Inovasi

Google Pixel Tampil Update Feature Fungsi Dual Sim Terbaru

Google Pixel 3 series merupakan telefon bimbit pintar keluaran Google, telefon ini telah berada di dalam pasaran sejak enam bulan yang lalu. Sejak ia di pasarkan, pihak developer tidak berhenti di situ sahaja. Malah mereka giat menghasilkan dan menaik tarafkan lagi segala kelemahan yang ada kepada lebih baik dari yang lalu.

Di katakan telefon bimbit Google Pixel untuk yang akan datang akan mempunyai feature yang telah di update terutama pada fungsi dual SIM kadnya.

Foto: Hardware Zone

Menurut sumber yang di petik dari Lowyat.Net via laman web rasmi Android Open Source Project (AOSP), pihak XDA menyatakan Google menambah nilai atau aspek terbaru ke dalam framework OS nya.

Foto: Daze Info

Di mana framework ini merupakan perisian asal yang dapat memberi sokongan kepada fungsi multi SIM. Oleh kerana itu, untuk keluaran telefon bimbit Google Pixel akan datang akan mempunyai dua fungsi iaitu, SIM fizikal dan eSIM sekaligus.

Foto: Daily Express

Manakala untuk content telefon bimbit pula, bagi kedua-dua Google Pixel 2 dan Pixel 3 ini mempunyai regular SIM kad slot dan sokongan untuk eSIM. Fungsi eSIM adalah sama seperti anda menggunakan dual SIM kad.

Walaubagaimanapun, Google belum jelaskan spesifikasi feature yang lain selainan peningkatan fungsi dual SIM.  Apa-apa pun sama-samalah kita nantikan keluaran telefon bimbit terbaru dari Google dengan fungsi feature terbarunya.