Pada 20 Februari ini nanti, telefon bimbit Xiaomi Mi 9 akan di lancarkan. Meskipun tiada sebarang maklumat terperinci tentang spesifikasi telefon ini, ia di khabarkan mempunyai kamera yang jelas dengan 48MP,12MP dan 3D Time-of-Flight sensor!
Selain itu, telefon terbaru tersebut mempunyai skrin berkeluasan 6.4 inci Full HD+ AMOLED serta perisian daripada Qualcomm Snapdragon 855. Tambahan lagi kapasiti telefon terbabit adalah sebanyak 256GB dengan 8GB RAM!
Malah telefon Xiaomi Mi 9 ini tampil dengan fingerprint scanner dengan ketahanan bateri 3500mAh.
Apa-apa pun, sama-samalah kita nanti sama ada telefon bimbit Xiaomi Mi 9 di lancarkan pada 20 Februari ini atau tidak.