Tech

Firefox Block Bunyi Dari Video Autoplaying?

Anda mesti kerap melalui situasi ini, bila mana anda membuka satu laman web pasti ada iklan video yang keluar dan mengguna anda dengan bunyi-bunyi dari video yang bermain secara autoplaying itu bukan?

Foto: Engadget

Kini Firefox tampil dengan feature terbarunya dengan sistem Update 66 yang mempunyai kelebihan untuk menghentikan bunyi dari video autoplay dari mana-mana website.

Foto: Hindustan Times

Sistem feature yang di kenali sebagai Update 66 ini akan di lancarkan pada 19 Mac ini nanti. Sistem feature yang menampilkan automatik block audio di laman web yang mengeluarkan video autoplaying.

Jurutera software Mozilla iaitu Chris Pearce menyatakan bahawa pihak syarikat masih dalam proses untuk melengkapkan web content audio. Meskipun begitu Mozilla tetap akan melancarkan sistem feature terbarunya dalam tahun ini juga.