Radiasi pada telefon bimbit bukanlah sesuatu yang tidak di ketahui umum, tetapi adakah pengguna telefon bimbit sedar atau tidak akan kadar radiasi yang di keluarkan oleh sesebuah telefon bimbit itu?
Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari laman web Statista, berikut merupakan 16 top raking telefon bimbit yang mengeluarkan kadar radiasi yang tinggi.
- Xiaomi Mi A1 (1.75 Watts per kilogram)
- OnePlus 5T (1.68 Watts per kilogram)
- Xiaomi Mi Max 3 (1.58 Watts per kilogram)
- OnePlus 6T (1.55 Watts per kilogram)
- HTC U12 Life (1.48 Watts per kilogram)
- Xiaomi Mi Mix 3 (1.45 Watts per kilogram)
- Google Pixel 3 XL (1.39 Watts per kilogram)
- OnePlus 5 (1.39 Watts per kilogram)
- iPhone 7 (1.38 Watts per kilogram)
- Sony Xperia XZ1 Compact (1.36 Watts per kilogram)
- HTC Desire 12/12+ (1.34 Watts per kilogram)
- Google Pixel 3 (1.33 Watts per kilogram)
- OnePlus 6 (1.33 Watts per kilogram)
- iPhone 8 (1.32 Watts per kilogram)
- Xiaomi Redmi Note 5 (1.29 Watts per kilogram)
- ZTE AXON 7 mini (1.29 Watts per kilogram)
Kita menggunakan telefon bimbit pintar hampir 24 jam sehari, bayangkan berapa banyak kadar radiasi yang telah berinteraksi terhadap sel-sel di tubuh badan kita?
Dan cuba bayangkan sudah berapa lama kita telah menggunakan telefon bimbit tersebut? Bertahun-tahun bukan?
Mengikut The German Federal Office for Radiation Protection atau di kenali sebagai Bundesamt fur Strahlenschutz mempunyai data terperinci tentang telefon bimbit pintar serta mempunyai kriteria yang telah di tetapkan tentang kadar radiasi yang di luluskan.
Seperti sijil Germen Certification for Environmental Friendliness (Der Blaue Engel) atau (The Blue Angel) ini, hanya memberi pengiktirafan sijil kelayakan kepada telefon bimbit pintar yang mengeluarkan kadar radiasi yang di tetapkan iaitu 0.60 Watts per kilogram sebelum di pasarkan dan kemudian di guna oleh pengguna.
Ini adalah kerana untuk menjaga paras radiasi yang ‘melekat’ ke dalam sel di tubuh badan kita.
Meskipun begitu, janganlah pula anda membuang telefon bimbit masing-maisng cuma sekadar berkongsi maklumat sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan anda tentang radiasi yang terdapat pada telefon bimbit.
Ingat kesan radiasi bukanlah sesuatu yang boleh di pandang remeh, ia boleh memudaratkan kesihatan anda. Oleh itu, kurangkan interaksi penggunaan telefon bimbit jika tiada keperluan utama dan sebagainya.
Masih Ramai Tak Tahu Apa Itu IMEI, Ini Fungsinya & Cara Untuk Periksa Pada iPhone Anda!
Mode ‘Do Not Disturb’ Di iPhone? Apa Fungsinya?
Ini Perbezaan Ketara USB-C dan Lightning, Mana yang Lebih Baik?
Apakah Itu ‘Refresh Rate’ 120 Hz Pada Telefon Bimbit Dan Kegunaannya
HONOR Bekerjasama Dengan Google Cloud Memperkenalkan AI Pada HONOR Magic V3
Barisan TV Baharu LG Memberikan Pengalaman Menonton Yang Tidak Tertandingi Melalui Teknologi AI
Penggambaran Studio Profesional Percuma di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang
Auto Bavaria di Wilayah Selatan Memperkenalkan BMW 520i Serba Baharu dan BMW i5 Edisi Terhad