Toyota kini telah melancarkan kereta terbaru mereka dengan konsep ‘All-New Toyota Vios’, pastinya peminat automotif di Malaysia tertunggu-tunggu akan kemunculan kereta Toyota Gazoo Racing (TGR) ini di pasaran bukan?
Keunggulan kereta All-New Toyota Vios yang di keluarkan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) ini benar-benar memikat hati peminat automotif, pelbagai elemen feature baru di masukkan serta komponen-komponen standard pula di angkat ke tahap yang lebih baik dari biasa.
Sesuai dengan tagline bagi keluaran model terbaru ini “As Never Before”, membuatkan kereta All-New Toyota Vios sebagai one-of-a-kind produk automotif yang di reka oleh Toyota Motor Sdn Bhd.
Keluaran kereta Vios generasi ketiga ini, Vios tampil dengan elemen feature terbaru dan antaranya adalah tujuh SRS airbags, Vehicle Stability Control, Hill-Assist Control dan menariknya kesemua variasi model kereta All-New Toyota Vios ini telah di beri pengiktirafan sebanyak lima bintang oleh ASEAN NCAP.
Bagi Vios 1.5G, kereta ini mempunyai paddle shifters dengan 16 inci rim alloy sebagai aksesori. Selain itu, model terbaru ini juga di lengkapi dengan Optitron meter yang pelbagai warna pada display informasinya dan di dalam komponen kereta terbaru Vios ini juga di lengkapi dengan sistem DVD-AVX infotainment bersama USB mirroring.
Rekaan kereta ini juga mempunyai elemen serta keunikannya yang tersendiri menunjukan model terbaru Vios ini mempunyai karakternya yang tersendiri.