Syarikat HMD Global mengumumkan telefon bimbit pintar Nokia model 3.1 Plus yang di lengkapi dengan dual kamera akan berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan harga yang berbaloi.
Sebelum ini telefon ini telah memasuki pasaran India terlebih dahulu, dan kini ia akan menemui peminat gajet di Malaysia pula dengan feature unik dan menarik.
Badan telefon bimbit Nokia 3.1 Plus ini di saluti dengan aluminium yang diperkuat dengan struktur besi yang kuat, skrin juga luas dengan ukuran 6 inci HD display, serta prosessor menggunakan perisian MediaTek Helio P22 dan menariknya Nokia 3.1 Plus ini di datangi dengan 3GB RAM dan 32GB saiz kapasiti simpanan dalaman.
Selain itu, model terbaru Nokia ini di lengkapi dengan fungsi rear dual kamera termasuk dengan sensor 13MP dan 5MP yang di perkasa dengan lensa f/2.0 dan f/2.4. Manakala lensa kamera di bahagian depan pula 8MP f/2.2 beri kepuasan berswa foto.
Manakala dari segi kapasiti bateri pula, telefon ini memiliki 3500 mAh yang mampu bertahan selama dua hari! Telefon ini akan berada di pasaran Malaysia bermula pada 25 Januari ini nanti, dan akan di jual pada harga RM 699.
Tambahan lagi, setiap pembelian telefon bimbit model Nokia 3.1 Plus ini, pembeli akan mendapat satu set casing telefon, tempered glass screen protector dan power bank dengan kapasiti 5200 mAh, selagi stok masih ada.