Tech, Gadget

8 Telefon Bimbit Pintar Terbaik Bagi Tahun 2018 – 2019

Tahun 2019 ini, merupakan tahun pertempuran teknologi, pelbagai syarikat ternama melahirkan model telefon bimbit dengan feature yang cukup unik dan gempak. Tidak cukup dengan itu, masing-masing mempunyai karakter atau ciri-ciri perisian hi-tech yang tersendiri.

Foto: Invisible Oranges

Nak tahu telefon bimbit pintar manakah yang terbaik bagi tahun 2018 – 2019 ini, jom jelajah bersama admin di dalam artikel ini.

Samsung Galaxy Note 9

Foto: PC World

Samsung dengan keluaran model telefon bimbitnya Galaxy Note 9 yang lengkap bersama S pen yang memberi elemen futuristik, menjadikan telefon ini salah satu yang terbaik di dalam pasaran.

Di tambah pula dengan skrin telefon berukuran 6.4 inci yang kemudian di perkasa dengan kekuatan bateri sebanyak 4000 mAh dan perisian yang hebat dengan Qualcomm Snapdragon 845 serta saiz kapasiti simpanan dengan dua pilihan iaitu 128GB atau 512GB plus kad microSD.

iPhone XS

Foto: Digital Trends

Satu nama yang cukup terkemuka dengan keluaran model telefon bimbitnya iPhone XS. Telefon ini di perkasa dengan dual kamera yang dapat memberi kualiti gambar yang jelas dan cantik.

Selain itu, iPhone XS juga sesuai di gunakan di persekitaran yang cerah mahupun gelap dan di tambah pula dengan prosessor yang pantas, penggunaan ID wajah serta saiz kapasiti simpanan sebanyak 512GB !

 Google Pixel 3

Foto: Android Central

Telefon Google Pixel 3 ini mampu menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi, di tambah pula dengan lensa yang low-light dan single rear lensa, ia mampu menghasilkan gambar yang luas terutama semasa berswa foto.

Tambahan lagi, telefon ini juga kalis air dan boleh di cas secara wireless ! Malah telefon ini juga mampu menapis panggilan yang tidak di ingini. Hebat bukan?

OnePlus 6T

Foto: Wccf Tech

Kenali telefon bimbit pintar OnePlus 6T daripada jenama OnePlus ini, telefon ini tidak membuat sebarang hebahan atau pengiklanan tentang keluaran telefon bimbitnya, tetapi telefon ini tersenarai di dalam carian peminat gajet.

Ini kerana telefon OnePlus 6T ini menawarkan software telefon bimbit yang top notch. Tambahan pula dengan prosessornya yang sepantas cahaya dan fungsi kamera yang sangat bagus dari kamera telefon berjenama terkenal dunia di pasaran.

iPhone XR

Foto: iDownload Blog

iPhone XR merupakan keluaran bagi model telefon bimbit iPhone X series. Selepas keluaran model iPhone XS, iPhone XR memasuki pasaran. Telefon mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti keluaran model yang sebelumnya.

Feature yang menarik di tambah pula dengan keluasan skrin telefon bimbit yang luas dan selesa memberikan kepuasan kepada pengguna, malah kameranya juga mempunyai kualiti yang baik seperti model iPhone XS. Serta prosessor yang pantas dengan ID wajah dan boleh di cas secara wireless menambahkan merit yang menarik.

LG V40 ThinQ

Foto: Tech Advisor

Telefon bimbit keluaran LG dengan model telefon LG V40 ThinQ ini, memberi impak superiority dari aspek kamera. Mengapa? Kerana telefon ini mempunyai lima buah kamera, ya lima buah lensa kamera untuk memberikan anda pelbagai variasi dan pilihan untuk menangkap gambar mengikut citarasa anda sendiri !

Telefon ini juga mempunyai skrin yang luas dengan ukuran 6.4 inci, ianya luas, besar dan selesa untuk di pegang di dalam genggaman tangan anda. Selain itu, telefon ini juga kalis air.

Honor View20

Foto: Daily Express

Honor View20 merupakan model telefon yang di minati ramai, mana tidaknya dengan  perincian teknologi yang futuristik dan gempak membuatkan model ini di minati ramai. Telefon bimbit dengan keluasan skrin 6.4 inci ini memberi 100 peratus full skrin.

Di tambah pula dengan “in-screen” yang di perkasa dengan 25MP kamera hadapan. Manakala pada bahagian rear kamera pula merupakan feature pertama di dunia dengan 48MP yang di lengkapi dengan teknologi AI, yang dapat memberi kualiti foto yang lebih hebat.

Telefon ini juga di perkuat dengan prosessor daripada Kirin 980 AU dengan dual NPU prosessor yang mempunyai fungsi memproses wajah anda dengan menggunakan AI algorithm.

Motorola Moto G6

Foto: Tech Advisor

Motorola Moto G6 merupakan keluaran daripada jenama Motorola. Telefon ini mempunyai ciri yang hampir sama dengan versi Android Oreo dan mempunyai dual rear kamera yang bagus.

Tambahan lagi, bateri telefon ini pantas di cas, harga di paras mampu milik dan rekaan telefonnya juga menarik dan mempunyai elemen futuristik.