Seorang pereka cipta daripada Filipina mencipta kereta terbang yang pertama dengan rekaan konsep daripada drone. Hebat bukan?
Kereta yang di bina ini di beri nama sebagai “The Multicopter Koncepto Millenya”. Kereta terbang ini di bina dengan 16 buah komputer dan 16 bilah kipas yang hebat dan tahan lasak.
Kereta terbang ini mampu menampung berat sehingga 100kg dengan kadar penerbangan selama 15 minit. Ke semua komponen multicopter ini adalah berasaskan elektrik dan bateri.
Manakala badan dan bingkai kenderaan ini di perbuat daripada aluminium dan carbon fiber yang menjadikannya ringan, selamat dan kuat.