Menurut petikan artikel Liputan6 yang di kutip dari sumber Sensor Tower baru-baru ini. Permainan Knives Out mengalahkan dua permainan popular iaitu PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) dan Fortnite dari segi kutipan keuntungan.
Permainan Knives Out merupakan permainan berkonsep mobile-battle-royale ini, berjaya meraih keuntungan sebanyak US$ 456 juta.
Sensor Tower melaporkan hampir 80 peratus pendapatan permainan Knives Out yang berasal daripada negara matahari terbit ini, datangnya daripada gamers di seluruh negara yang menghabiskan lebih kurang US$ 370 di iOS dan Android untuk bermain permainan Knives Out pada tahun lepas.