Siapa yang tidak meminati muzik bukan? Muziklah yang kadang kala peneman di kala jiwa di himpit keresahan, serta muzik jugalah yang meriangkan hati di kala senang.
Ada yang gemar mendengar muzik secara senyap dengan menggunakan earphone atau headphone. Manakala bagi yang gemar suasana riuh rendah akan menggunakan speaker untuk mendengar muzik pilihan masing-masing.
Tapi bukan senang nak cari speaker yang bagus dan elok, apatah lagi jika ingin mendengar muzik secara live streaming dengan menggunakan speaker yang di lengkapi fungsi bluetooth. Oleh itu, admin sertakan beberapa tips menarik bagi memilih bluetooth speaker yang baik.
Ringan, Ringkas Dan Kecil
Speaker yang bagus adalah speaker yang ringkas dan ringan, ini kerana anda memilih speaker yang sebegini memudahkan anda untuk membawanya ke mana-mana.
Cek Kualiti Bunyi
Cek kualiti bunyi yang di keluarkan oleh speaker sebelum membeli, jika bunyi yang keluar bagus dan menepati citarasa anda ianya bagus. Kerana jika anda memilih speaker tersebut tanpa mendengar dahulu kualiti speaker, ia merugikan wang anda serta masa anda untuk pergi semula ke kedai tersebut untuk menukar speaker bukan?
Lihat Kapasiti Bateri Dan Kepantasan Mengecas
Lihat kapasiti bateri dan kepantasan ia di cas. Ada sesetengah jenis speaker mempunyai bateri yang tahan sehingga 10 jam! Dan ada juga yang hanya dapat bertahan sehingga 6 jam sahaja.
Jaringan Bluetooth Yang Lancar
Salah satu elemen penting adalah cek rangkaian bluetooth, anda pernah menggunakan NFC? Kalau anda perasan di telefon bimbit anda mempunyai fungsi NFC ini. Tujuan NFC ini wujud adalah untuk memudahkan alat jaringan komunikasi berhubung dengan lancar.
Keserasian
Keserasian di sini adalah pastikan anda mencari speaker dengan spesifikasi bluetooth versi terbaru iaitu Bluetooth 4.0, 4.2 atau 5.0. Speaker yang mempunyai bluetooth versi terbaru mempunyai fungsi yang lebih baik dari bluetooth versi lama. Jadi cek dahulu spesifikasi speaker bluetooth tersebut sama ada versi lama atau baharu.
Mempunyai Fungsi Handsfree
Jika anda menggunakan speaker tersebut dengan menggubungkannya pada telefon bimbit anda dan anda sendiri memang kerap menggunakannya, sebaik-baiknya carilah spaeaker yang mempunyai fungsi handsfree.
Ini kerana jika speaker tersebut mempunyai fungsi handsfree, apabila anda mendapat panggilan telefon, speaker akan berhenti memainkan muzik dan ia terus menukar menjadi hands-free kerana dalaman speaker tersebut mempunyai built-in microphone yang berfungsi untuk anda berkomunikasi. Dan apabila anda telah selesai bercakap, muzik akan di mainkan semula.
Rekaan Speaker
Kini terdapat pelbagai jenis rekaan speaker yang menarik, boleh anda pilih. Selain itu, melihat pelbagai jenis rekaan speaker pasti membuatkan anda rambang mata bukan? Jadi pilih speaker yang anda berkenan!
Di harap informasi di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda mencari dan memilih speaker yang bagus untuk anda!