Nike secara rasminya telah mengumumkan keluaran produk terbaru iaitu kasut Nike Adapt BB yang di lengkapi dengan sistem yang di kenali sebagai self-lacing. Sistem ini bukanlah pertama kali di guna pakai.
Pada tahun 2016, Nike telah mengeluarkan produk kasut yang di beri nama Nike HyperAdapt 1.0 dan Back to the Future dengan menggunakan sistem yang sama.
Kasut yang di beri nama Adapt BB oleh Nike ini di reka khas dengan motor gear yang beroperasi secara automatik mengikut jumlah kepadatan oleh si pemakai ketika memakai kasut tersebut.
Melalui teknologi FitAdapt yang di reka Nike, ia membolehkan si pemakai memilih tahap fit atau kepadatan dalaman kasut dengan menggunakan butang manual pada kasut tersebut atau pun dengan mengunakan aplikasi pada telefon bimbit.
Bagi si pemakai kasut yang menggunakan aplikasi untuk mengawal tahap fit tersebut, akan menerima updates mengenai kasut Adapt BB dari masa ke semasa dan ini akan membantu meningkatkan tahap fit kasut dengan membuat penambahan baharu.
Dari segi material penghasilan kasut Adapt BB ini, Nike menggunakan kombinasi jahitan FlyKnit dan QuatFit pada bahagian atas kasut. Manakala pada bahagian dalam iaitu tapak kasut, mereka menggunakan Cushlon foam bagi menghasilkan tapak yang lembut dan selesa untuk si pemakai.
Harga kasut Nike Adapt BB ini di jual dengan harga US$ 350 atau RM 1439 wang Malaysia dan kasut ini mula di jual pada bulan Februari di pasaran luar. Buat masa ini tiada sebarang maklumat bila kasut ini akan memasuki pasaran Malaysia.