Isu mesej nombor telefon pengguna lain di peti mesej WhatsApp belum lagi selesai, kini WhatsApp mahu keluarkan iklan di dalam aplikasinya pula? Apa dah jadi ni.
Menurut apa yang di tulis oleh Liputan6 yang di ambil daripada Daily Mail, Chris Daniels naib presiden WhatsApp menyatakan bahawa pengeluaran iklan di dalam Aplikasi WhatsApp tidak akan berlaku dalam masa terdekat.
Dan menurut Chris, isu kehadiran iklan di dalam aplikasi WhatsApp bukanlah keputusan yang di buat secara tiba-tiba, Chris telah membuat pengumumannya semasa menghadiri sebuah majlis di New Delhi, India pada tahun lalu tentang mengeluarkan iklan di aplikasi chatting terbesar dunia ini.
Objektif kolaborasi iklan di antara WhatsApp dan juga Facebook ini, ingin membuka peluang bagi para usahawan terutamanya, meluaskan jaringan komunikasi serta target pasaran kepada orang ramai melalui iklan yang bakal keluar di aplikasi WhatsApp itu nanti.
Selain itu, Daniels juga memberitahu bahawa iklan tersebut sekadar informasi yang di kongsi di status WhatsApp yang di mana ia mempunyai fungsi yang sama seperti di Instagram Stories dan Facebook Stories.