Tech

WhatsApp Buat Hal Simpan Rekod Mesej & Muncul Di Dalam Peti WhatsApp Pengguna Lain

Baru-baru ini, seorang pegawai Amazon menyatakan di laman sosial Twitter miliknya, betapa terkejutnya beliau apabila mendaftar nombor telefon baharu ke dalam telefon bimbit yang juga baru sahaja di beli mengeluarkan simpanan rekod mesej nombor telefon pengguna WhatsApp yang lain.

Foto: WhatsApp

Hal ini terjadi apabila, Abby Fuller mendaftar aplikasi WhatsApp menggunakan nombor telefon baharu, tetapi apabila setelah di daftar lain pula yang berlaku. Menurut Abby, nombor telefon yang di daftar di dalam aplikasi WhatsApp itu, merupakan nombor baru dan bukan second hand.

Foto: Twitter (Abby Fuller dengan kenyataannya tentang rekod mesej pengguna lain di dalam inbox WhatsAppnya)

Malah, telefon bimbit yang di gunakan oleh Abby juga baru. Jadi bagaimana hal ini boleh berlaku?

Foto: Twitter (Abby Fuller dalam kenyataannya, nombor telefon tersebut telah berada padanya selama 45 hari dan mesej-mesej pengguna lain sepatutnya telah hilang, tetapi mesej tersebut tetap berada di peti mesej WhatsApp miliknya)

Abby di hujani dengan mesej – mesej dari nombor yang tidak di kenali. Ekoran kenyataan Abby di laman sosial Twitter miliknya itu, ramai yang memberi komen, mungkin aplikasi WhatsApp telah di ‘jangkiti’ bug.

Foto: Twitter Abby Fuller

Tetapi ada juga yang memberi komen sama ada Abby tidak tahu mengenai ‘permission dan backup sistem’ yang ada pada WhatsApp, tetapi itu bukan isunya, isu sebenar adalah bagaimana mesej dari nombor telefon pengguna lain boleh berada di dalam aplikasi WhatsApp milik kita (Abby) sedangkan ia merupakan nombor telefon baharu serta telefon bimbit baharu dan bukannya second hand!

Foto: Twitter Abby Fuller

Isu privasi merupakan satu hal sensitif, di antara komen-komen di ruangan komen milik Abby, ada juga yang menyatakan mereka juga pernah melalui hal yang sama.

Foto: Twitter (ada juga pengguna lain yang telah menghadapi masalah yang sama seperti Abby)
Foto: Twitter Abby Fuller

Ya lah siapa yang mahu mesej pada nombor telefon lama milik kita, muncul di dalam kotak mesej WhatsApp nombor telefon milik pengguna lain bukan?

Foto: Twitter (salah satu komen yang menyatakan beliau juga tidak setuju jika mesej pengguna lain berada di inbox pengguna WhatsApp yang lain)
Foto: Twitter Abby Fuller

Apa-apa pun di harap isu sebegini tidak akan berlarutan sehingga menyulitkan orang ramai. Sudah tentu pengguna WhatsApp yang lain juga tidak berasa selamat jika mesej-mesej peribadi mahupun berkaitan tentang apa sahaja, muncul di WhatsApp telefon bimbit orang lain bukan?