Tech

Y-Brush – Berus Gigi Inovasi Yang Pelik Atau Unik?

Menurut saranan memberus gigi oleh American Dental Association, manusia harus memberus gigi dua kali sehari dalam tempoh dua minit. Tetapi lain pula bagi syarikat Perancis yang di kenali sebagai FasTeesH ini.

Foto: Kickstarter

Syarikat ini mencipta sebuah berus gigi yang dapat membersihkan gigi dalam tempoh sepuluh saat sahaja! Produk berus gigi baharu yang di beri nama Y-Brush ini, ekoran bentuk berus giginya berbentuk huruf Y, memudahkan manusia untuk membersihkan gigi dengan mudah dan cepat dengan menggunakan Y-Brush ini.

Foto: Kickstarter

Berus yang diperbuat daripada barisan nylon ini telah reka di dalam posisi 45 degree, posisi angle ini berupaya memberus bahagian gigi serta gums di dalam mulut.

Foto: CNet

Selain itu, Y-Brush ini di keluarkan dengan pelbagai jenis saiz yang berlainan mengikut kategori dewasa dan kanak-kanak. Y-Brush ini di jual pada harga US$ 125 atau RM 511 wang Malaysia.