Kegunaan USB drive merupakan salah satu alternatif penyimpanan data yang amat mudah di gunakan. Malah saiz yang kecil memudahkan ia di bawa ke mana-mana sahaja.
Dan penghasilan USB drive semakin kreatif apabila pelbagai rekaan dan bentuk yang unik boleh di dapati di pasaran.
Tetapi lain pula cerita USB drive di Jepun, apabila seorang mahasiswa jurusan kimia mencetuskan fenomena luar biasa terhadap penghasilan USB drivenya.
USB drive yang di hasilkan oleh mahasiswa ini menggunakan otak ikan sebagai pusat penyimpanan data, dan ia juga memaklumkan bahawa kapasiti otak ikan ini di dalam skala 32GB!
Cetusan idea otak ikan sebagai medium penyimpanan data makluman sememangnya memberi satu gambaran yang sukar di ungkapkan.
USB drive menggunakan otak ikan ini akan di pamerkan di Jepun pada akhir bulan Januari 2019 ini. Malah di katakan USB drive ini akan di jual pada harga US$ 72 atau RM 294 wang Malaysia.