Tech

Malware – 14 Aplikasi Di Apple App Store Telah Di Jangkiti Virus?

Malware bukan isu baru yang melanda dunia teknologi, virus ini seakan-akan hidup seperti bakteria yang merebak secara berleluasa. Walhal, pelbagai jenis antibiotik atau anti virus telah di cipta, juga tidak dapat menangkis virus malware ini.

Foto: Medium Corporation

Justeru itu, mengapa virus ini masih wujud? Jawapannya ada pengguna yang menggunakan virus malware ini di alam maya! Tujuannya? Anda boleh buat tafsiran sendiri.

Foto: Miles Web

Apa yang menariknya, menurut laporan daripada TechCrunch, Wandera sebuah syarikat firma sekuriti enterprise mendapati sebanyak 14 aplikasi di dalam Apple Apps Store mengandungi virus malware ini.

Foto: Tech Crunch

Menariknya, para pencipta aplikasi di kalangan 14 aplikasi tersebut tidak menyedari bahawa aplikasi milik mereka mengandungi virus malware. Bagi menangani masalah ini, Apple telah mengeluarkan aplikasi-aplikasi yang di jangkiti oleh virus tersebut dari Apps Store.