Tech

China Punya Kemahiran Kejuruteraan Tahap Masterclass?

Semalam 2 Januari 2019, di laman sosial Twitter milik China Xinhua News berkongsi video yang memperlihatkan lebuhraya Yaxi di Sichuan, China.

Lebuhraya Yaxi ini menjadi fenomena, apabila masyarakat di seluruh dunia memuji kemahiran kejuruteraan China yang bertaraf masterclass. Mana tidaknya, infrastruktur binaan untuk membina jalanraya ini bukannya mudah.

Foto: China Xinhua News

Kebanyakan komentari oleh masyarakat tentang pembinaan lebuhraya ini memberi imej betapa hebatnya kemahiran yang di miliki oleh kejuruteraan di China.

Foto: New China TV
Foto: China Xinhua News

Lihat sahaja di dalam video tersebut, kedudukan geografinya, kemungkinan musibah bencana alam, dan pelbagai kemungkinan lain yang mampu meragut nyawa seseorang, jika lebuhraya ini tidak di bina dengan teliti bagi menangani segala risiko ini.

Foto: China Xinhua News

Dan hal ini juga di komen oleh masyarakat dunia yang risau akan keselamatan dan ketahanan lebuhraya yang di bina.

Foto: China Xinhua News
Foto: China Xinhua News

Tetapi nampaknya jurutera China mampu menangani masalah ini apabila mereka berjaya mencipta lebuhraya sepanjang 240 kilometer. Manakala separuh lagi jalanraya di bina melalui jambatan dan terowong yang di gali.