Tech

Digi – AXA FlexiDrive Kolaborasi Keselamatan Pertama Di Malaysia?

Digi bersama AXA FlexiDrive berkolaborasi untuk pertama kali di Malaysia sambil memberi tawaran keselamatan pemanduan sehingga 20 peratus bagi insurans motor telematik (atau di kenali sebagai Black box insurans).

Digi dan AXA memberi nafas baru dengan fokus utamanya keselamatan jalan raya ke atas pengguna jalan raya di Malaysia.

Foto: AXA Malaysia

Oleh itu, menerusi ‘Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive’ ini, pemilik kenderaan berpeluang mendapat diskaun sehingga 20 peratus bagi pemanduan selamat dengan insurans AXA di bawah FlexiDrive ini.

Tawaran pemanduan bergantung kepada aspek penilaian terhadap tabiat pemanduan pemandu, kelajuan, jarak perjalanan kenderaan, dan cara memandu.

Foto: Digi

Serta beberapa tawaran lain seperti notis kemalangan automatik beserta bantuan, perlindungan kenderaan 24 jam dan bantuan mendapatkan kembali kenderaan jika berlaku kecurian tanpa caj tambahan.