Hari ini CEO syarikat TNG Digital Sdn Bhd Syahrunizam Samsudin mengumumkan kerjasama bersama pusat membeli belah terkemuka di tengah Center Klang Valley ini, iaitu Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall.
Kerjasama di antara dua pusat membeli belah ini merupakan kan platform pertama syarikat TNG Digital dalam menjadikan pasaraya membeli belah dengan menggunakan aplikasi Touch ‘N Go di dalam telefon bimbit pintar.
Pada suku pertama tahun 2019 tahun hadapan, lebih 80 peratus outlet-outlet di Mid Valley dan The Gardens akan turut serta dengan menggunakan sistem pembayaran Touch ‘N Go eWallet.
Touch ‘N Go eWallet dengan konsep Go cashless merupakan satu kaedah untuk pengguna berbelanja tanpa menggunakan wang tunai.
Go cashless dan berbelanja dengan mudah apabila menggunakan aplikasi Touch ‘N Go eWallet untuk ke semua urusan membeli belah.
Bersempena bulan cuti sekolah ini, TNG Digital bersama 9 outlet di Mid Valley dan The Gardens ini menawarkan beberapa promosi terbaik melalui Touch ‘N Go eWallet yang bermula daripada 17 – 31 Disember 2018.
Dan antara 9 outlet yang sudah mula menerima pembayaran menggunakan aplikasi Touch ‘N Go eWallet ini adalah Tealive, Popular Bookstore, Haagen Dazs, Mou Tak Ding, Gindaco Takoyaki, Llao Llao, Define Food, EzCab dan Boost Juice.
Segala promosi di 9 outlet ini boleh di lihat di dalam aplikasi Touch ‘N Go eWallet dan di laman web TNG.
Bagi yang baru pertama kali ingin menggunakan aplikasi Touch ‘N Go eWallet ini, pengguna boleh memuat turun aplikasi ini di App Store dan Login ke TNG Wallet App.
Jika pengguna ingin membuat pembayaran, anda hanya perlu dengan menekan icon ‘pay’ di aplikasi eWallet dan bar kod akan keluar kemudia juru jual akan meng-scan-bar-kod anda.
Tidak sampai 3 saat transaksi ini dilakukan!
Selepas ini anda tidak perlu keluarkan wang tunai mahupun duit syiling lagi. Go cashless!