Featured, Tech

Ini Dia 5 Nama Domain Yang Di Jual Dengan Harga ‘Syurga’

Foto: Tech Worm

Wah nama domain website pun dijual dengan harga tinggi melangit ya!

Ini dia 5 nama-nama domain yang dijual dengan harga ‘syurga’.

LasVegas.com RM376 Juta (2005-2040)

Foto: Jackpot

Domain LasVegas.com ini, dijual pada harga RM376 Juta pada tahun 2005.

Jumlah pembayaran yang terlalu tinggi ini dibayar secara ansuran dalam tempoh 35 tahun, dari tahun 2005 sehingga 2040.

CarInsurance.com RM207 Juta (2010)

Foto: Vector Stock

Domain CarInsurance.com di beli oleh Quin Street pada harga RM207 Juta. Domain ini merupakan domain syarikat insuran yang berpengalaman dan mempunyai maklumat consumer yang banyak.

Tidak hairan ia di beli dengan harga sebegitu tinggi.

Insurance.com RM148 Juta  (2010)

Foto: WUSF News

Insurance.com merupakan domain syarikat online marketing yang sangat popular tentang maklumat perbandingan insuran-insuran seperti insuran motor, kesihatan, rumah dan nyawa.

Malah domain ini juga di beli oleh Quin Street pada harga RM148 Juta.

Vacationrentals.com RM146 Juta (2007)

Foto: Vector Stock

Vacationrentals.com merupakan domain website pelancongan yang sangat aktif sehinggalah ia di beli oleh firma asal Texas, iaitu HomeAway pada harga RM146 Juta.

Ia merupakan domain website tentang percutian yang ada di seluruh dunia.

Privatejet.com RM125 Juta (2012)

Foto: Country Life

Privatejet.com di beli oleh Atlanta-based Nations Luxury Transportation, LLC daripada Don’t Look Media Group.

Mereka sanggup membayar pada harga RM125 Juta hanya untuk membeli domain ini.

Siapa yang tidak mahu domain privatejet.com ini, kerana ia merupakan website utama untuk online jet charter travel dan harganya untuk satu sahaja sudah mencecah RM8279!

Sememangnya domain website dengan pelanggan yang mempunyai citarasa yang high class.