Kebiasaannya, untuk pergi ke angkasa lepas manusia menggunakan roket tetapi tidak bagi penyelidik Jane Poynter!
Jane Ponynter merupakan CEO kepada sebuah syarikat di Tucson, Arizona iaitu World View.
Sebuah syarikat teknologi kapal terbang yang menghantar pelbagai barangan ke stratosphere dengan menggunakan belon!
Bagi Jane tiada apa yang mustahil dan ia merupakan matlamat Jane untuk menghantar barang mahupun manusia dengan menggunakan belon ke angkasa lepas!
Menurut Ceo World View Enterprises ini, mereka menggunakan ‘magic’ ke atas belon ini.
Belon gergasi atau Stratollite ini akan di isi dengan gas seperti helium, yang mana ia akan membuatkan belon tersebut terapung di udara.
Dan di bahagian bawah belon gergasi tersebut ada lagi satu belon kecil yang dipenuhi dengan angin udara biasa, yang bertindak sebagai pengimbang di antara belon gergasi dan barang.
Kelebihan menggunakan belon ini adalah, ia dapat terapung di udara selama berhari-hari malah sehingga berbulan-bulan lamanya di ruangan Stratosphere berbanding satelit lama.
Jika kajian ini berjaya, ia akan dapat membantu manusia serta pelbagai bentuk material lain untuk pergi ke angkasa lepas hanya dengan menggunakan belon!
Malah, Stratollite atau belon gergasi ini mungkin akan menjadi medium pengangkutan di masa hadapan? Siapa tahu bukan?