Rekaan telefon bimbit pintar kini semakin berkembang dengan aplikasi yang canggih dan unik.
Dengan perkembangan serta transformasi teknologi yang kian kehadapan, seiring dengan perkembangan itu penghasilan peranti ‘Qualcomm Snapdragon 855′ terbaru ini akan menguatkan lagi transformasi serta persembahan telefon bimbit pintar di pasaran!
Qualcomm tampil dengan Snapdragon 855 nya yang akan membawa satu generasi 5G yang baharu.
Peranti ini akan memfokuskan kepada beberapa aspek lain seperti connectivity, kamera, artificial intelligence(AI), hiburan dan banyak lagi sistem baharu yang di perbaharui serta diperkemas untuk penggunaan telefon bimbit pintar yang lebih unggul dan dinamik!
Selepas ini akan banyak keluaran telefon bimbit pintar yang menggunakan qualcomm snapdragon 855 sebagai peranti telefon.
Dan penggunaan 5G bukan lagi mimpi tetapi ia akan menjadi realiti!