Featured, Gadget, Inovasi, Internet, Life, Social Networks, Tech

Manfaat Dan Kelebihan 8 Teknologi ‘Advances’ Bagi Tahun 2018 Ini

Dah hujung-hujung tahun ni, jom kita lihat teknologi manakah yang ‘advances’ bagi tahun 2018 ni!

3-D Metal Printing

Foto: 3D Printer Review Site

Perkembangan teknologi mempermudahkan urusan dan kerja-kerja pembinaan menjadi lebih mudah.

Inovasi menjadikan teknologi lebih sophiscated untuk di cipta, terutama dalam mengawal microstruktur logam!

Pada tahun 2017, penyelidik daripada Lawrence Livermore National Laboratory telah mengumumkan, bahawa mereka telah mencipta satu

Kaedah 3-D Printing dalam menghasilkan stainless-steel yang kuat daya tahannya seperti stainless-steel yang asil.

Dan yang pasti kaedah ini telah mula digunakan secara meluas oleh syarikat-syarikat pembinaan logam!

Artificial Embryos

Foto: CNN

Para embryologists yang bekerja di University of Cambridge di United kingdom tampil dengan penghasilan stem cell daripada embryos tikus!

Penghasilan Artificial Embryos ini mendapat kritikan dan juga sokongan yang hebat di kalangan penyelidik dunia.

Pelbagai persoalan telah di bahaskan dan ia masih dalam perdebatan mengenai kegunaannya untuk masa akan datang.

Para penyeledik berharap dengan penemuan penghasilan stem cell daripada embryos tikus ini akan membuka lembaran baru dalam mengkaji kehidupan manusia!

Sensing City

Foto: MIT Technology Review

Kewujudan bandar pintar bukan lagi suatu mimpi!

Kini impian tersebut menjadi kenyataan, apabila semakin banyak negara telah beralih arah untuk membangunkan bandar-bandar mereka kepada bandar pintar!

Di Toronto, sebuah projek bandar pintar yang diberi nama Quayside menampakan sinar baru!

Apabila perubahan dan pembinaan semula infrastruktur bandar di bangunkan semula dengan perisian teknologi digital terbaru.

AI For Everybody

Foto: Gadget

Penggunaan Artificial Intelligence (AI) semakin meluas, malah penghasilannya di dalam pelbagai sektor membuka mata masyarakat dunia.

Penghasilan dan penggunaan AI secara menyeluruh masih di bahas dan di bincangkan akan manfaatnya di masa akan datang.

Dueling Neutral Networks

Foto: CITI IO

Ian Goodfellow merupakan seorang penuntut PhD di University of Montreal.

Membahas di sidang akademik pada tahun 2014 mengenai pendekatan atau kaedah ‘Generative Adversarial Network’ (GAN).

GAN ini mengambil dua neural networks atau ayat yang lebih mudah adalah, dengan menggunakan dua AI sistem yang boleh melawan diantara satu sama yang lain.

Neural networks ini mencipta ultra-realistic terhadap imej asal, bunyi dan sesuatu yang mesin biasa tidak dapat lakukan sebelum ini.

Dengan erti kata lain, GAN akan memberikan mesin mempunyai deria tersendiri berdasarkan imaginasi dan sekaligus menjadikan mesin atau

robot alat yang sangat kuat bagi membantu manusia di masa akan datang!

Babel-Fish Earbuds

Foto: CITI IO

Earphone bukanlah sesuatu yang baru di dalam dunia teknologi ini.

Earphone yang diberi nama Babel-Fish Earbuds ini merupakan evolusi teknologi yang telah diperkemas dan di upgrade dengan Hi-Tech!

Earbuds ini merupakan near-real-time translator! Dan ia telah disisi dengan pelbagai bahasa di dalamnya dan mudah untuk digunakan!

‘Barrier Communication?’ Tiada lagi dengan Babel-Fish Earbuds ini!

Zero-Carbon Natural Gas

Foto: Dayo Ashiru

Projek Zero-Carbon Natural Gas kini satu realiti apabila sebuah syarikat pelantar janakuasa di luar Houston di United Stated, menguji teknologi mereka!

Syarikat yang telah bertapak di dalam industri petroleum mampu menjadikan tenaga bersih kepada natural gas realiti.

Sebuah projek daripada Net Power dengan kolaborasi bersama Firm 8 Rivers Capital, Exelon Generation dan juga Firm CB&I.

Perfect Online Privacy

Foto: SMELTO

Cryptographic protocol merupakan zero-knowledge proof! 

Data peribadi di internet merupakan satu platform data anda mudah di ceroboh oleh penjenayah cyber.

Oleh itu dengan peralihan dan evolusi cryptographic protocal yang di kenali sebagai zero-knowledge ini dapat menjadi perisai kepada data

peribadi anda di alam cyber tanpa mendedahkan maklumat anda secara terperinci dengan beberapa protocol.