Jika idea seseorang itu mampu menyelamatkan beribu nyawa, mengapa tidak kita gunakan untuk manfaat bersama, betul tak?
Tapi lain pula ceritanya pada awal abad ke-20 di mana sexism, double standard, dan exploitasi gender berlaku!
Meskipun insan ini mempunyai idea dan hasil reka cipta yang mampu menyelamatkan beribu nyawa daripada peperangan, hanya kerana dia seorang wanita dan artis.
‘Mereka’ menolak mentah-mentah cadangan serta idea tersebut! Siapakah wanita ini? Jom kenali beliau.
Hedy Lamarr merupakan nama besar pada suatu ketika dahulu, lakonannya di layar filem sering mendapat sambutan.
Hedy Lamarr bukan sahaja wanita yang cantik paras rupa tetapi berbakat di dalam bidang lakonan dan merupakan seorang pereka cipta yang genius!
Hedy Lamarr telah mencipta ‘ Frequency Hopping System’ iaitu merupakan rekaan asas kepada penciptaan Bluetooth dan Wi-Fi.
Hedy Lamarr bukan seperti wanita lain yang hanya berdoa dan menunggu peperangan tamat dengan pantas!
Tetapi beliau risau akan nasib perajurit dan bagaimana untuk membantu mereka meskipun Hedy hanyalah seorang wanita biasa.
Pada tahun 1940, musim panas Hedy dan rakannya George Antheil merupakan seorang komposer muzik bersama-sama memberi buah fikiran dan idea untuk mencipta sesuatu yang dapat membantu perajurit di medan perang.
Dan mereka berdua berjaya mencipta suatu alat yang dapat menghalang pintasan isyarat torpedo pihak musuh dan sekaligus dapat melindungi kapal Allied Navy di Atlantik!
Hasil ciptaan mereka ini merupakan ‘Frequency Hopping Signal’ mampu membuatkan submarine German tidak akan berjaya memintas atau mengganggu signal radio torpedo kapal Allied Navy.
Kerana frequency yang dicipta oleh Hedy dan George lebih luas dengan 88 jenis frequency atau lebih kurang sama dengan standard papan kekunci piano!
Kemudian Hedy dan George mempatenkan hasil ciptaan mereka dengan nama “Secret Communication System” dan menghantar paten tersebut kepada pihak Navy tetapi sayang pihak Navy tidak menerima idea dan hasil ciptaan mereka!
Pada tahun 1950, pihak Navy telah mula menggunakan idea dan hasil ciptaan Hedy dan George.
Manakala pada tahun 1957, idea yang telah dipatenkan itu telah digunakan untuk transmitting bawah air untuk mengesan submarine pihak musuh.
Selama 17 tahun idea yang dipatenkan ini tidak dikreditkan hak cipta atau hak milik dan digunakan sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan Hedy mahupun rakannya George.
Dan pada tahun 1962 pula, hasil ciptaan Hedy telah diiktiraf dan dikenali sebagai precursor atau orang terawal di dalam pembabitan penciptaan “Spread-Spectrum”.
Iaitu komunikasi tanpa wayar yang kini digunakan di dalam penghasilan telefon bimbit, sistem global dan teknologi Wi-Fi.
“Mask I cannot remove” -Hedy Lamarr
Bayangkan hasil ciptaannya tidak dikreditkan malah digunakan tanpa kebenaran dan tidak diberi sebarang pampasan.
Hasil ciptaan sebegini di anggarkan bernilai lebih daripada US$ 30 Billion! Persamaan RM125 Billion!
Hedy Lamarr pernah berkata suatu ketika dahulu yang beliau terperangkap di sebalik wajah yang jelita ini.
Di sebalik wajah jelita ini, terdapat seorang wanita genius yang bercita-cita tinggi untuk mencipta sesuatu bagi manfaat umum! Meskipun tidak ramai yang mahu mengiktiraf idea serta ciptaannya itu.
Banyak lagi hasil penciptaan yang telah dilakukan oleh Hedy di sebalik kejayaannya sebagai seorang pelakon tersohor!
Bagi anda di luar sana, admin berharap kisah inspirasi sebegini dapat menyalakan api untuk anda menghasilkan sesuatu. Mungkin pada awalnya idea itu tidak di terima pakai di peringkat permulaan.
Tetapi dengan masa, ia akan diiktiraf dan manfaat dari idea tersebut dapat membantu insan, masyarakat dan negara!
Siapa tahukan?