Apakah maksud ‘masa’ atau ‘waktu’ bagi anda? Menyentuh tentang masa ia akan dikaitkan dengan penggunaan jam! Betul tak?
Tahukah anda jam pertama dibina oleh manusia adalah pada tahun 3500 BCE (Before the Common Era) lagi tau!
Maknanya beribu tahun yang lalu lagi manusia telah menitik beratkan penggunaan ‘masa’ atau ‘waktu’ di dalam kehidupan mereka.
Jom kita imbas kembali ‘masa’ lampau dengan hasil penciptaan 10 jam tertua di dunia.
Edward East Puritan Watch
Jam antik ini telah dicipta pada tahun 1640 oleh Watchmaker di London, England.
Edward East merupakan seorang pembuat jam yang berjaya dan terkenal di Landon pada abad ke-17. Malah Edward East juga merupakan ketua pembuat jam untuk King Charles II.
Pada tahun 1631, Edward East telah menjadi salah seorang pengasas syarikat yang bernama London Clockmakers’.
Johann Possdorfer Watch
Jam Johann Possdorfer ini telah dicipta di antara 1630 – 1640 oleh Johann Possdorfer di Dresden, German.
Batu kristal yang membaluti jam antik ini sangat popular pada pertengahan abad ke-17.
Johann Possdorfer merupakan pembuat jam yang terkenal dan berbakat.
Malah Johann Possdorfer juga pernah bekerja bersama dengan pembuat jam Swiss iaitu Jobst Burgi di Prague untuk membuat jam Prince Kalr I of Liechtenstein.
Clock Watch With Alarm And Calendar
Jam tangan dengan penggera dan kalendar ini telah dicipta oleh Nicolas Forfaict daripada Paris, France.
Jam tangan pada awal abad ke-17 di Paris ini tampil dengan keupayaan yang baru dan unik dengan yang mempunyai fungsi kalendar dan penggera sekaligus.
Clock Watch
Jam ini telah dicipta di antara tahun 1600 – 1610 oleh Michael Nouwen di London, England.
Reka bentuk jam yang unik ini kelihatan seperti bekas barang kemas yang antik!
Lesser George Watch
Jam ini telah dicipta pada abad ke-16 oleh Nicholas Vallin di London, England.
Bekas jam yang unik seperti barang hiasan antik ini di reka dan di inspirasi daripada English Order of the Garter, iaitu sekumpulan kesatria yang setia.
Malah kesatria ini telah ditubuhkan oleh King Edward III pada zaman pertengahan dan sehingga kini ia masih wujud.
Rock Crystal Case Watch
Jam Rock Crystal Case ini agak unik sedikit, jamnya telah dicipta pada tahun 1560 manakala casingnya atau badan jam telah dicipta pada tahun 1625.
Artis pembuat jam ini tidak dapat dikenal pasti tetapi ia berasal daripada German.
Jam yang dibaluti dengan badan kristal ini merupakan jam pertama dipakai seperti aksesori.
Portable Drum Watch
Jam Portable Drum ini telah dicipta oleh Christoph Schissler pada tahun 1550 – 1570 di Augsburg, German.
Rupa bentuk jam seperti drum ini sememangnya unik dan ada rahsia kegunaannya yang tersendiri!
Jarum masa di permukaan jam drum tersebut boleh di resetkan kepada jam mekanikal dan ini membuatkannya salah satu jam yang tepat pengiraan masanya!
Jam ini telah di dermakan kepada muzium Walters Art Museum pada tahun 1931 oleh Henry Walters dan sehingga kini tiada siapa dapat mengenalpasti bagaimana jam ini menjadi kepunyaan Henry Walters.
Melanchthon’s Watch
Jam Melanchthon ini telah dicipta pada tahun 1530, penciptanya tidak diketahui. Jam ini mempunyai hubung kait dengan Peter Henlein dan jam ini berasal daripada Nuremberg, German.
Henlein Pocket Watch
Jam poket Henlein ini telah dicipta pada tahun 1510 oleh Peter Henlein di Nuremberg, German.
Sejarah tentang pembuat jam Peter Henlein ini penuh dengan kontrolversi apabila kebanyakan jam mekanikal yang dihasilkan dicipta oleh Peter Henlein.
Jam ini juga sebenarnya tidak dapat dikenalpasti kesasihanannya sama ada ia dicipta oleh Peter Henlein atau tidak.
Pomander Watch (Bisamapfeluhr)
Jam Pomander ini tidak dapat dikenalpasti siapa pencipta sebenarnya tetapi ia berkait rapat dengan Peter Henlein dan jam ini juga berasal daripada Nuremberg, German.
Jam ini telah dicipta pada tahun 1505 dan dipercayai jam yang tertua di dunia!
Wah, sememangnya sejarah telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi berevolusi mengikut peredaran zaman dan kegunaannya.
Penghasilan jam juga tidak lari daripada menghasilkan jam yang lebih baik dari sebelumnya.
Malah anda sendiri dapat melihat dengan jam yang anda gunakan sekarang ini, terlalu banyak inovasi telah dilakukan dan di perbaikpulih agar dapat memberi kepuasan kepada pencinta ‘waktu’.
Ingat! Teknologi tidak mengira zaman, masa mahupun umur untuk berevolusi!